Archive for January 13, 2011
Tahun Baru 2011
Assalamualaikum.
Pejam celik tahun baru tiba. PIBG blog ini tidak aktif lebih 9 bulan. Itu jugalah umur bayi saya yang telah mengambil alih prioriti dan masa saya selaku pengendali blog ini. InsyaAllah, tahun ini blog ini akan kembali aktif biiznillah.
Tahun 2010 menutup tirainya dengan pengumuman kejayaan anak-anak PMR SMASKP. Keputusan SPM masih menjadi debaran semua. Kita teruskan berdoa untuk mereka moga mereka turut mencipta sejarah dengan keputusan yang cemerlang. Walau apapun, kita tahu anak-anak kita telah bertungkus lumus berusaha.
Saya akhiri dulu coretan tahun baru ini. Ringkas sekadar untuk memberi makluman kepada ibu bapa semua bahawa PIBG SMASKP masih wujud
dan akan bermesyuarat tidak lama lagi untuk sesi tahun 2011 ini. Seandainya pihak ibu bapa ada sebarang cadangan, sila tinggalkan komen di sini atau emel terus kepada saya di maria.nurdiyana@gmail.com untuk saya bawa ke dalam mesyuarat.
Sekian, Salam Silaturrahim