Mesyuarat AJK Kali ke-1/2011 Quick Notes
February 28, 2011 at 3:42 pm Leave a comment
Salam
Alhamdulillah walaupun masing-masing sedang sibuk dengan urusan, mesyuarat ajk pibg pertama tahun ini telah dapat dilaksanakan pada 30-Jan-2011 yang lepas. Sementara menanti minit mesyuarat rasmi dari setiausaha, di sini saya membuat ringkasan akan perkara-perkara yang dibincangkan. Antara yang penting:
1) Merujuk minit mesyaurat akhir tahun 2010,
- dua ajk pibg ada kekosongan kerana anak mereka telah pindah, termasuk anak YDP namun beliau masih teruskan perjuangan bersama smaskp. TQ! ![]()
- PA sistem set (main box) yang rosak akan diganti baru oleh PIBG degan bajet tidak melebihi RM500
- Tong sampah yg tidak mencukupi – pibg akan memohon Recycle Bin dari majlis perbandaran. Ini secara tak langsung akan mengajar anak2 smaskp untuk menyumbang kepada kempen kebangsaan dan global “Go Green”. (Biro Keceriaan)
- Program English 2011 sedang dirancang untuk menaikkan English Proficiency di kalangan pelajar (Biro Modal Insan)
2) Antara usul ibu bapa pada mesyuarat agung 2010:
- Sistem mentor-mentee : telah dilaksanakan
- Iron tidak cukup : Isu sebenar adalah capacity electricity supply. Jika iron bertambah pun ianya tidak akan dapat digunakan di bilik iron sehingga isu tersebut diselesaikan.
- Kekurangan bilik belajar di asrama – sebenarnya mencukupi hanya pelajar yang tidak menggunakan bilik tersebut sepenuhnya atau sebaiknya.
- Flytrap di dewan selera rosak – telah dibaiki
3) Perkara berbangkit:
- Dimaklumkan bahawa SMASKP adalah antara 10 sekolah angkat USIM. Pihak PIBG bercadang membuat kunjungan hormat ke USIM, juga untuk tujuan bina hubungan/rapport
- PIBG akan menghantar surat ke JHEINS/MAINS menggesa isu-isu infra diberi perhatian segera (pam tangki air, keluasan surau) dan juga surat ke SUK menggesa agar perlantikan guru-guru DC41 disegerakan.
- Penukaran nama sekolah masih belum mendapat berita pasti
- PIBG perlu segera mengeluarkan surat watikah kepada Penaung baru
- Program guru muda tidak berjalan dengan baik berbanding dengan di Maahad. PIBG meminta Ustaz Ahmad Asfari, ajk yg juga guru Maahad membantu pihak sekolah
- Setiap Biro diminta menyiapkan kertas kerja perancangan dan fokus biro bagi tahun 2011 untuk diluluskan dimesyuarat akan datang sebelum dibentangkan di mesyuarat agung pibg 2011.
Entry filed under: Uncategorized. Tags: .
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed