Mesyuarat/Usul

Usul serta minit mesyuarat boleh diakses dari menu utama di laman HOME – Pages (selepas Calendar).

Ringkasan Usul dari Mesyuarat Agung 2010 boleh didapati di minit mesyuarat AJK Kali ke 1 Sesi 2010/2010. Tersenarai juga disitu Ahli Jawatankuasa yang baru dilantik. Butiran AJK akan dikemaskini setelah mesyuarat pertama tahun 2011 diadakan.

44 Comments Add your own

  • 1. Bekas Guru SMASKP 2005-2008  |  September 24, 2008 at 4:48 pm

    Assalammualaikum dan selamat berpuasa & selamat hari raya.
    Ucapan Tahniah! diatas usaha PIBG membela nasib guru-guru sandaran SMASKP. Memandangkan masa depan kami dan keluarga kami, kami terpaksa menukarkan haluan kerja yg tetap sedangkan anak-anak didik kami semuanya telah berjaya. Bukan kami nakkan kejayaan mereka tapi kebajikan kami yg harus dipelihara.Sudah banyak kami korban sehingga larut malam tapi apakan daya nasi sudah menjadi bubur.Tunggu dan lihat sahaja yg kami dapat kecapi serta sabar disamping kami usahakan yg lain. Sejauh mana JHEAINS memberi jaminan jawatan tetap masih kabur lagi.Usaha ini perlu kepada ketegasan bukannya omomg-omong kosong.Dunia sudah berubah.Teruskan Usaha PIBG SMASKP 2008,saya doakan moga-moga anak-anak kita menjadi insan yg cemerlang ukhrawi dan duniawi

  • 2. GURU PAKAR / CEMERLANG  |  November 5, 2008 at 6:03 pm

    ASSALAMMUALAIKUM.
    SAYA INGIN MENGEMUKAKAN SATU CADANGAN WALAUPUN SAYA SEAKAN SUDAH TAHU JAWAPANNYA , NAMUN SAYA SEKADAR MENCUBA.
    SAYA INGIN MENCADANGKAN AGAR PENEMPATAN PARA PELAJAR DI ASRAMA/DORM DI BUAT MENGIKUT TAHAP. MAKSUD SAYA , DI SATUKAN PELAJAR TINGKATAN 1 – 3 DAN TINGKATAN 4 – 5 DILETAKKAN DALAM DORM YANG LAIN. RASIONALNYA , INI AKAN DAPAT MENAMBAHKAN RUANG PERBINCANGAN SESAMA MEREKA YANG AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN YANG BERBEZA TAHAP , IAITU 1-3 UTK PMR DAN 4-5 UTK SPM. JIKA ALASAN YANG DIBERI KENAPA KE DUA – DUA TAHAP TERSEBUT DISATUKAN ADALAH UNTUK MEMBERIKAN RUANG SUPAYA TINGKATAN 4-5 MEMBANTU TINGKATAN 1-3 , SAYA RASA KESANNYA TIDAKLAH BEGITU KETARA. SERTA KALAU UNTUK MENGERATKAN HUBUNGAN , SAYA RASA BANYAK LAGI CARA LAIN YANG BOLEH DILAKUKAN UNTUK TUJUAN TERSEBUT.
    SELAIN DARIPADA ITU , SAYA JUGA INGIN MENCADANGKAN AGAR , JIKA PENGASINGAN TAHAP ITU DILAKUKAN , BAGI TAHAP MENENGAH RENDAH ELOK RASANYA DILETAKKAN PADA ARAS YANG LEBIH RENDAH , MANAKALA BAGI TAHAP MENENGAH ATAS LETAKKAN PADA ARAS YANG LEBIH TINGGI. RASIONALNYA , SUDAH TENTULAH FAKTOR FIZIKAL DAN KEUPAYAAN MEREKA KERANA SECARA LOGIKNYA , MENENGAH ATAS LEBIH BERTENAGA. SAYA HARAP DAPATLAH PIHAK PIBG SMASKP MEMIKIRKAN ISU INI DALAM KEADAAN FIKIRAN YANG LEBIH TERBUKA.
    SEKIAN , WASSALAM.

    = GURU PAKAR JPNS/BPTV =

  • 3. GURU PAKAR / CEMERLANG  |  November 6, 2008 at 11:22 am

    ASSALAMMUALAIKUM.
    DALAM DUNIA SERBA MAJU INI , KOMUNIKASI ADALAH SESUATU YANG SANGAT BERMAKNA , APATAH LAGI DI ANTARA GURU DAN IBUBAPA. JUSTERU ITU , SAYA MENGUCAPKAN TAHNIAH DI ATAS PENGEMASKINIAN LAMAN WEB SMASKP BARU – BARU INI. NAMUN SAYA MERASAKAN TEMPOH SESUATU PENGEMASKINIAN YANG DIBUAT AGAK KURANG BAIK. SEPATUTNYA LAMAN WEB SESEBUAH SEKOLAH MERUPAKAN SATU SUMBER YANG SENTIASA DAPAT MEMBANTU PARA IBUBAPA KHUSUSNYA UNTUK MENDAPATKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG TERKINI. OLEH ITU SAYA MENCADANGKAN AGAR TEMPOH SESUATU KEMASKINI ITU DIBUAT DALAM SELA MASA YANG LEBIH BAIK CONTOHNYA SEBULAN SEKALI. JIKA SOAL MASA YANG MENJADI PENGHALANG , SAYA MENCADANGKAN AGAR ADAKAN SATU AJK GURU YANG KHAS UNTUK MEMANTAU/MENGEMASKINI LAMAN WEB TERSEBUT SECARA RUTIN. BERKAITAN DENGAN PERKARA TERSEBUT JUGA , SAYA INGIN MENCADANGKAN AGAR PIHAK SMASKP MEWUJUDKAN SATU ALAMAT E-MAIL BAGI SETIAP KAKITANGAN WARGA SMASKP. INI AKAN MEMBUATKAN LAMAN WEB TERSEBUT BERTAMBAH BERMAKNA.
    SEKIAN. WASSALAM.

  • 4. GURU PAKAR / CEMERLANG  |  November 12, 2008 at 8:49 am

    ASSALAMMUALAIKUM.
    PERTAMA SEKALI SAYA MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KERANA DAPAT MAKLUM BALAS YANG AGAK SEGERA DI ATAS CADANGAN – CADANGAN SAYA SEBELUM INI. INI MEMBUATKAN SAYA TERPANGGIL SEKALI LAGI UNTUK BERBICARA DIRUANGAN INI.
    BARU – BARU INI SAYA MENDAPAT TAHU BAHAWA ADA CADANGAN / HASRAT SMASKP UNTUK MENGADAKAN SATU PROSES ‘penyingkiran’ PARA PELAJAR YANG TIDAK MENCAPAI PENCAPAIAN YANG MEMUASKAN TERUTAMA DALAM SUBJEK YANG MELIBATKAN ARAB DAN SAINS , DENGAN CARA MEMBERIKAN PILIHAN SAMADA PINDAH ATAU DIBERHENTIKAN. SAYA RASA IANYA SATU KAEDAH ‘gertak’ YANG AGAK BAIK DEMI MEMASTIKAN PARA PELAJAR SENTIASA BERADA PADA TAHAP KOMITMEN YANG TERBAIK DAN MERUPAKAN SATU ‘bantuan’ KEPADA PENJAGA SEPERTI SAYA UNTUK MEMBERIKAN SATU MOTIVASI KEPADA ANAK SAYA. CUMA….SAYA MERASAKAN DALAM SITUASI SMASKP KINI YANG AGAK BERMASALAH DAN TIDAK STABIL DENGAN BILANGAN & ‘OPSYEN’ TENAGA PENGAJAR [ DENGAR CERITA TAHUN DEPAN LAGI KRITIKAL ] , SAYA RASA ADALAH LEBIH BAIK PIHAK SMASKP MEMIKIRKAN BAGAIMANA UNTUK MENAMBAH MANTAPKAN PENCAPAIAN PARA PELAJAR YANG ADA DARIPADA BERFIKIR UNTUK MENYINGKIRKAN PELAJAR YANG TIDAK MENCAPAI TAHAP YANG PIHAK SMASKP HARAPKAN.INI KERANA TIDAK ADIL RASANYA UNTUK MELETAKKAN 100% TANGGUNGJAWAB DI BAHU PARA PELAJAR DAN IBUBAPA DALAM HAL INI SEDANGKAN PIHAK SEKOLAH SENDIRI GAGAL DALAM MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB MEREKA YANG SEPATUTNYA
    [ WALAUPUN SOAL MENYEDIAKAN TENAGA PENGAJAR BUKAN KUASA SMASKP ]. JADI , SAYA HARAP APABILA SESUATU TINDAKAN YANG PIHAK SMASKP INGIN LAKUKAN , BERFIKIRLAH DENGAN BERPUSATKAN KEPADA PELAJAR BUKANNYA HANYA BERPUSATKAN KEPADA ‘KEUNGGULAN SMASKP’ KERANA DENGAN BERPUSATKAN KEPADA PELAJAR SECARA TAK LANGSUNG KEUNGGULAN SMASKP AKAN LAHIR DENGAN SENDIRINYA TANPA MENGORBANKAN MANA – MANA PIHAK.
    SAYA TERPANGGIL UNTUK MEMBICARAKAN ISU INI KERANA BARU – BARU INI , ISTERI SAYA ADA BERBUAL DENGAN SEORANG IBU DARI KEDAH [ KALAU TAK SILAP ] SANGGUP
    [ TERPAKSA ] DATANG KE SMASKP HANYA UNTUK MENTENTERAMKAN JIWA ANAKNYA YANG TERGANGGU DI SAAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SEMESTER AKHIR BARU – BARU INI KERANA TERTEKAN AKIBAT ‘gertak’ TERSEBUT , SEDANGKAN PELAJAR ITU SANGAT BERMINAT UNTUK MENERUSKAN PELAJARANNYA DI SMASKP , SEHINGGA MENYEBABKAN KESIHATANNYA JUGA AGAK TERGANGGU.
    JADI SAYA RASA KEJADIAN SEUMPAMA INI ADALAH SANGAT TIDAK WAJAR BERLAKU.OLEH ITU MARILAH KITA BERFIKIR DENGAN MELETAKKAN DIRI KITA DALAM SITUASI SEUMPAMA ITU , KERANA KITA SEMUA TIDAK MEMILIKI ANAK YANG SAMA GEMILANGNYA , TAPI BILA DIA TERPILIH UNTUK MENJADI WARGA SMASKP , GEMILANGKANLAH IANYA BERSAMA. SEKIAN. WASSALAM.

  • 5. bekas pelajar  |  December 29, 2008 at 7:11 pm

    assalamualikum…saya selaku bekas pelajar sanat berbangga atas kejayaan dan bakti guru-guru semasa dan dahulu….sekarang saya mengikutu diploma teknologi kejuruteran di salah sebuah universiti tempatan ingin sekolaj]h lebih ceria dan lebih menuju ke arah melahirkan pelajar yang eimbang dalam sainsmteknoogi dan agama….saya cadangkan setiap pelajar yang telah masuk ker smaskp wajar menghafal surah-surah yang lebih dan untuk kegunaan harian…..
    disamping itu saya telah dengar banyk keluhan dari bekas pelajar tentang disiplin pelajar-pelajar semasa….masalah-masalah yang saya dengar adalah masalah yang tidak sepatutnya berada di smaskp,,,,semasa zaman persekolahan saya di smask masala ini tidik wujud..saya rasa sistem masa dahulu perlu di wujudkan balik…contoh pelajar lelaki tidak boleh langsung berselisih dengan pelajar perompoan….jika didapati berlaku demikian mereka didenda sehinggakan pelajar itu terasa atas denad yang dikenakan…pada zaman persekolahan saya kami pelajar lelaki dan perempuan malu bile berjumper atau selisih di luar sekolah walaupn datang dari seklalah yang lama semasa form 3……saya berharap smaskp terus cemerlang dan cemerlang dari masa dahulu…..dan dapat meningkatkan taraf sekolah lebih dari zaman saya dahulu…dan sifar 7D dalam SPM dan sifar C dalam PMR…tunjukkan pada dunia SMASKP boleh lakukan…

  • 6. GURU PAKAR / CEMERLANG  |  January 6, 2009 at 1:57 pm

    ASSALAMMUALAIKUM.
    SELAMAT BERSUA LAGI , WARGA SMASKP / PIBG . TAHNIAH SAYA UCAPKAN KERANA TERDAPAT PERUBAHAN DALAM MENGEMASKINI LAMAN WEB SMASKP YANG TELAH DIJALANKAN PADA DISEMBER 2008 SEPERTI YANG SAYA SARANKAN 6/11/2008 YANG LALU. DIHARAPKAN PENGEMASKINIAN TERSEBUT AKAN SENTIASA DIJALANKAN DALAM SELA MASA YANG MUNASABAH. CUMA NAMPAKNYA HASRAT SAYA UNTUK MELIHAT SARANAN SAYA PADA 5/11/2008 MENJADI REALITI HANYA AKAN MENJADI HARAPAN SEMATA SEPERTI YANG TELAH SAYA KATAKAN BAHAWA SAYA SEAKAN TELAH MENGETAHUI HASILNYA APABILA PENEMPATAN PARA PELAJAR UNTUK SESI 2009 TELAHPUN DITETAPKAN SAMA SEPERTI SISTEM SEBELUM INI.
    CUMA SAYA MENGHARAPKAN CADANGAN SAYA TENTANG ALAMAT E-MAIL DIWUJUDKAN BAGI SETIAP KAKITANGAN / GURU SMASKP DAPAT DIJALANKAN PADA MASA YANG TERDEKAT BAGI MENAMPAKKAN WARGA SMASKP SEIRING DENGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT TANPA SEMPADAN KINI.
    DI SINI SAYA INGIN MENCADANGKAN SEPERKARA LAGI YANG SAYA RASAKAN SANGAT PENTING [ ITU PADA FIKIRAN SAYA , TAK TAHULAH PULA PADA PEMIKIRAN PARA AJK PIBG YANG BIJAKSANA ] , SAYA INGIN MENCADANGKAN SATU ‘TALIAN SMS SEKOLAH’ DIWUJUDKAN BAGI MEWUJUDKAN SATU LAGI BENTUK PENYALURAN MAKLUMAT YANG PANTAS DAN BERKESAN TERUTAMA DI LUAR WAKTU PEJABAT. INI TERUTAMA BAGI MAKLUMAT-MAKLUMAT SEPERTI
    KES-KES KECEMASAN ATAU KES-KES BULI YANG JUGA TERDAPAT DI SMASKP [ DENGARNYA… ]. SISTEM SEPERTI INI TELAHPUN DIJALANKAN DI SESETENGAH SEKOLAH DI MALAYSIA DALAM MENANGANI MASALAH-MASALAH DI KALANGAN PELAJAR TERUTAMA YANG MELIBATKAN ASRAMA DAN KESANNYA SANGAT POSITIF. SAYA HARAP DAPATLAH PIHAK SMASKP MENIMBANGKAN CADANGAN SAYA INI DEMI PENINGKATAN KUALITI PENGURUSAN DAN IMEJ SEKOLAH SEBAGAI SEBUAH SEKOLAH BERALIRAN AGAMA YANG BERKETRAMPILAN DAN SECARA TAK LANGSUNG DAPAT MENINGKATKAN IMEJ ISLAM ITU SENDIRI.
    SEKIAN , WASSALAM.

  • 7. ummu ahmad  |  April 9, 2009 at 9:37 pm

    Assalamualaikum. Sebagai seorang ibu kepada pelajar bakal calon PMR 2010, sekadar ingin menyeru para ibu bapa sekalian supaya menyumbangkan apa-apa idea yang dapat membantu SMASKP untuk lebih cemerlang. Kalau kita betul dapat menyumbang, SMASKP tidak perlu tunggu bantuan dari pihak lain. Cukup sekadar ibu bapa yang saya percaya bukan dari kalangan calang2 orang belaka semuanya.
    1.Jika anda seorang guru:
    buat duplicate dalam cd/ atau alat bantu mengajar yang boleh digunakan oleh guru-guru sandaran
    2.Jika anda Kaya orangnya:
    Biasa la… infa’ atau buat sumbangan wang ringgit supaya banyak projek pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan.
    3.Jika anda tinggal di kawasan berhampiran sekolah
    Berikan sokongan moral, lawat la budak2 tu lebih kerap. BUKAN SAHAJA ANAK ANDA, tapi tolonglah nasihatkan kwn2 anak anda tentang tarbiah Islamiah… the do’s & don’t in Islam. Berikan mereka kesedaran tentang kepentingan ilmu disisi Islam dan KEPENTINGAN UNTUK MENDAPATKAN YANG TERBAIK KERANA ANAK2 KITA ADALAH generasi pewaris

    Wallahu ‘alam bis sawab

  • 8. Abdul AzizBin Hj Md Nor  |  July 19, 2009 at 6:48 pm

    salam…..Saya cadangkan supaya nama SMASKP ini digantikan/ditukarkan kepada nama SMAS TUANKU MUKRIZ sempena mengambil nama Yam Tuan Besar Negeri Sembilan yang baru.
    Memandangkan segala kemudahan yang terdapat di SMASKP ini terlalu terhad.Disamping dengan masaalah kemudahan guru-guru.
    tidak disediakan oleh jabatan. Murid-murid yang dapat ke SMASKP ini bukan calang-calang,begitu juga dengan guru-guru. Harapan semua ibu bapa menggungung tingginya.
    Tapi kalau kemudahan murid dan keperluan guru di abaikan oleh jabatan ,macam mana murid hendak belajar dan guru hendak mengajar.Saya rasa kalau Sekolah ini ditukar nama kepada SMAS Tuanku Mukriz sudah tentu Tuanku ingin datang melawat dan jabatan sudah tentu akan mengadakan segala keperluan murid dan guru.
    sekian .. Wasalam

  • 9. MOHD YUSOF BADOR  |  September 29, 2009 at 12:02 pm

    Saya cadangkan pihak PIBG membuat kunjungan hormat kepada Tuanku Mukriz , MB dan kementerian Pendidikana untuk memohon bantuan kewangan untuk keperluan SMASKP.
    Atau PIBG melalui JAINS memohon supaya SMASKP di ambilalih oleh kerajaan.

  • 10. Abdul Aziz Bin Hj Md nor  |  January 1, 2010 at 8:07 am

    Salam….dan Selamat Tahun Baru 2010…
    Sekalung tahniah kepada semua pelajar dan warga pendidik SMASKP di atas kejayaan CEMERLANG didalam keputusan peperiksaan PMR 2009 yang baru ini.
    Walaupun segala kemudahan prasarana sekolah terbatas dan kekurangan guru yang ketara, tetapi berkat kegigihan dan Doa kesemua murid-murid,guru-guru,kakitangan, AJK PIBG dan kesemua ibu-bapa telah menceriakan lagi dalam keputusan PMR baru ini.
    Tahniah dan Syabas SMASKP..
    “SMASKP terbaik dalam kalangan SMANS”

  • 11. GURU CEMERLANG  |  January 5, 2010 at 8:43 am

    ASSALAMMUALIKUM. TAHNIAH KEPADA SEMUA WARGA GURU DAN PIBG SMASKP DI ATAS KEPUTUSAN SULUNG PMR TAHUN 2008. SEMOGA KEPUTUSAN ITU TIDAK MEMBENTUK ‘ZON SELESA’ DI KALANGAN WARGA SMASKP SEBALIKNYA MENJADIKAN IANYA SEBAGAI SATU PEMANGKIN KE ARAH YANG LEBIH GEMILANG.

  • 12. GURU CEMERLANG  |  January 5, 2010 at 8:44 am

    ASSALAMMUALAIKUM. TAHNIAH KEPADA SEMUA WARGA GURU DAN PIBG SMASKP DI ATAS KEPUTUSAN SULUNG PMR TAHUN 2008. SEMOGA KEPUTUSAN ITU TIDAK MEMBENTUK ‘ZON SELESA’ DI KALANGAN WARGA SMASKP SEBALIKNYA MENJADIKAN IANYA SEBAGAI SATU PEMANGKIN KE ARAH YANG LEBIH GEMILANG.

  • 13. GURU CEMERLANG  |  January 5, 2010 at 8:47 am

    - PEMBETULAN KOMEN 12 –

    ….KEPUTUSAN SULUNG PMR TAHUN 2009….
    HARAP MAAF….

  • 14. Noriati Ujang  |  January 19, 2010 at 12:26 pm

    Salam,

    Mohon supaya kemudahan tandas duduk disediakan di asrama (dan musolla), sekurang-kurangnya satu tandas di setiap tingkat. Ini bagi memudahkan pelajar atau pelawat perempuan yang menghadapi kesukaran menggunakan tandas cangkung bagi qada’ hajat.

  • 15. pn salsabilah  |  February 12, 2010 at 11:26 am

    assalamualaikum….

    pertama sekali saya mengucapkan tahniah dengan perkembangan smaskp yang semakin baik. saya merupakan ibu kepada salah seorang pelajar SMASKP. saya ingin mencadangkan pihak sekolah agar mengadakan 1 program antara semua guru2 dan para pelajar supaya ikatan ukhwah antara guru2 dan para pelajar menjadi kuat. hal ini kerana, anak saya sering mengadu kepada saya tentang guru2 di smaskp. bermacam-macam ketidakpuashatian yg dapat sy dgr. pada mulanya, saya tidak mengendahkan kerana mungkin anak saya hanya lah mahu main-main. sampai pada suatu hari, sy berjumpa dengan kawan saya yg anaknya juga sekolah sama dengan anak saya. lebih mengecewakan, kawan saya juga turut menyatakan perkara yang sama. pada pandangan saya, adakah perkara ini wajar berlaku di SMASKP? adakah ini hubungan guru2 dengan para pelajar daripda dulu hingga lah kini? jikalau murid tidak berpuas hati terhadap guru tersebut, sudah semesti nya guru tersebut melakukan perkara yang sama. jika perkara tersebut berlarutan, macam mana para pelajar mendapat berkat untuk belajar dan bagaimana jika pelajar tersebut mengambil peperiksaan yang besar? saya harap cadangan saya ini dipandang serius dan segera dilakukan demi kebaikan semua orang.

    semoga SMASKP terus maju untuk melahirkan pelajar yang cemerlang!!!

    sekian,

    WASALAM..

  • 16. Abdul Aziz Bin Hj Md nor  |  March 13, 2010 at 7:17 am

    Salam…Sekalung tahniah dan syabas kepada pelajar2 spm 2009, pelajar-pelajar smaskp,guru-guru,ibu-bapa,pibg diatas kejayaan yang membanggakan dalam keputusan spm 2009.Semoga keputusan peperiksaan akan datang lebih baik lagi..
    Tahniah dan Syabas SMASKP..
    “SMASKP terbaik dalam kalangan SMANS”
    * kene buat kenduri doa selamat ni….*

  • 17. norlizah bte karim  |  April 18, 2010 at 12:43 pm

    usul saya ( utk mesyuarat agung pd 25/4/2010)
    1. mengikut sukatan PMP ujian selaras tahunan sepatutnya d adakan sebanyak 5 @ 6 kali termasuk peperiksaan stgah n akhir tahun. tetapi pd tahun 2009 sy hanya dapati keputusan anak sy cuma kputusan pperiksaan setengah tahun sahaja. d mana keputusan ujian2 bulanan nk keputusan akhir tahun? sy amat berharap pihak sekolah dapat lebih peka untuk memantapkan kecermerlangn pelajar.
    2. sy cadangkan sekolah mgadakan kelas mengaji al-quran kepada semua pelajar untuk memantapkan lagi bacaan al-quran.
    3. kebersihan kawasan sekolah, tandas n asrama tidak memuaskan.
    4. guide rail atas jalan masuk ke sekolah amat menyedihkan dan berbahaya perlu ada pembaikkan segera kerana kerosakkan itu sudah agak lama.
    5. tanda nama sekolah di lereng bukit luar sekolah amat menyedihkan harap pihak sekolah perihatin untuk membaik pulih kerana setiap kenderaan yang lalu d situ dapat melihat dan mengambarkan keceriaan susana sekolah.
    6. sy mencadangkan membuat susur gajah berbumbung dari pintu masuk ( pos jaga ) ke asrama pelajar. di situ juga bermasalah untuk pelajar daftar ketika hujan lebat.
    7. sy mencadangkan supaya gurubesar tinggal dalam kawasan sekolah supaya sentiasa dapat memantau sekolah dengan lebih baik.
    sekian, terima kasih
    wasalam.

  • 18. Abdul Aziz Bin Hj Md nor  |  April 18, 2010 at 3:36 pm

    salam..
    saya cadangkan agar kesemua cadangan/comment didalam forum ini di bawa ke mesyuarat PIBG pada 25/4/2010.insyaalah

  • 19. HM Yassin  |  April 20, 2010 at 5:52 pm

    Assalamualaikum. Ramai yang berkomentar di sini lebih trrarah kpd kepentingan anak2. alhamdulillah. tapi kita sebagai penjaga jangan pula terlupa apa peranan kita atau dengan kata lain apa sumbangan kita kpd sekolah anak2 kita? sekadar komen, mrmberi cadangan, bayaran yuran pibg tidak memadai. Kita ksta kita guru pakar, guru cemerlang, but apa yg telah kita sumbsngksn? sekadar komen dan cadangan untuk periuk nasi sendiri. alhamdulillah walau pun anak saya bukan lang antara pelajar cemerlang but syukur kerana akhlsknya yerjags di smaskp. maaf. sekadar luahan sebagai seorang bekas guru BIASA.

  • 20. Abdul Aziz Bin Hj Md nor  |  May 2, 2010 at 8:10 pm

    Salam…Tahniah kepada YDP dan kesemua yang baru di lantik sebagai ajk PIBG bagi tahun 2010 ~ 2012.

  • 21. Lina Mohd Jadi  |  September 14, 2010 at 9:51 pm

    Assalamualikum wr. wbrkh.

    Saya terpanggil untuk menyatakan sesuatu yang pada saya, perlu di betulkan atau di beri perhatian untuk akan datang.

    Awalnya, saya nak abaikan sahaja, tapi saya fikir-fikir balik….untuk kebaikan bersama dan untuk anak didik kita. Pelajar /mereka ada hak untuk membuat aduan.

    Betulkan saya kalau saya tersilap kerana mungkin informasi yang saya dapat ini dari sebelah satu pihak sahaja

    Perkara ini berkaitan dengan Keputusan Peperiksaan Setengah Tahun ( akadmik atau Idadi ) yang mana markahnya di salah masukkan ke dalam rekod prestasi pelajar yang mana kesannya membawa kepada

    Akademik ;
    i. Gred Mata pelajaran
    ii. Jumlah markah keseluruhan
    iii. Kedudukan prestasi pelajar dalam kelas dan tingkatan
    iv. Anugerah tertentu yang diberi oleh pihak sekolah

    Emosi /perasaan:
    i. pelajar telah berusaha bersungguh-sungguh untuk dapat yang terbaik, Tiba-tiba sepatutnya markah yang diperolehi lebih 90 % tapi dicatat sebagai 49 % sahaja. Apa perasaan mereka……. mungkin bagi guru masalah tersebut adalah masalah kecil…..tak ape…..tak betulkan pun tak ape…..apa akan jadi jika pelajar tersebut anak guru sendiri. Apa perasaan pelajar bila mereka telah berusaha tapi akhirnya markahnya berbeza disebabkan disalah masukkan dalam sekelip mata sahaja

    Yang lebih mengecewakan pelajar telah membuat aduan tapi aduan telah di abaikan. Jumpa guru ni,…. jumpa guru ni… tapi akhirnya……………
    Macammane boleh jadi macam ni……

    Apasalahnya dibetulkan, tak ape jika salah minta maaf dan betulkan . Yang silap bukannya ramai. PMR dan SPM pun kita boleh minta semak, takkkan sekolah tak boleh semak..
    Buat keputusan baru. Salah ke….

    Akhirnya, saya minta maaf kepada guru-guru yang terlibat secara langsung dalam hal ini Kita ambil yang jernih dan buang yang keruh. Yang dah lepas biarkan , tapi yang akan datang kita biaki dan tambah baik.

    Saya harap anak-anak yang terllbat tidak menjadi mangsa kkepada guru berkenaan. Saya pun tak dapat maklumat nama guru yang terlibat

    Sekiranya AJK PIBG yaang membaca emel saya, harap siasat, bukan menghukum dan menuding salah kepada pihak2 tertentu.
    harapan saya dibaiki untuk akan datang peperiksaan akan datang.walaupun pelajar bukan dalam tingkatan peperiksaan PMR dan SPM.

    Astagfirullah, Astagfirullah, Astagfirullah

    Sekian, terima kasih

  • 22. Abdul Aziz Bin Hj Md nor  |  October 5, 2010 at 7:58 pm

    salam…Selamat memduduki peperiksaan PMR kepada semua pelajar-pelajar tingkatan 3. Semoga mendapat keputusan yang cemerlang dan membanggakan sekolah..SMASKP TERBAIK DI KALANGAN SEKOLAH AGAMA NEGERI SEMBILAN..

  • 23. Lina Mohd Jadi  |  October 24, 2010 at 7:19 pm

    Kepada J/K PIBG dan Pentadbiran SMASKP

    Saya minta maaf atas kenyataan saya pada 14 Sept 2010. Mungkin kenyataan saya tidak tepat.
    Segala yang baik datang dari Allah SWT dan salah itu datang dari saya yang lemah ini.

  • 24. Abdul Aziz Bin Hj Md Nor  |  December 23, 2010 at 10:51 pm

    Salam..Lama tidak mengikuti perkembangan SMASKP ini kerana asyik berulang alik ke luar negeri atas urusan kerja.
    Tahniah kepada semua pelajar-pelajar PMR 2010 kerana pencapaian yang amat cermerlang dalam keputusan PMR tahun ini.Sekalung tahniah dan terima kasih kepada semua tenaga pengajar, pengetua ,pibg,ibu-bapa yang tidak putus – putus mengajar dan berdoa untuk kejayaan anak-anak.TAHNIAH dan SYABAS semoga usaha murni ini mendapat keberkatan ALLAH. (SMASKP TERBAIK DI KALANGAN SEKOLAH AGAMA NEGERI SEMBILAN..)
    p/s kene buat kenduri doa selamat ni..

  • 25. 'MASTER TRAINER CBTA'  |  January 18, 2011 at 7:56 am

    ASSALAMUALAIKUM.
    AGAK LAMA TIDAK MENGUNJUNGI LAMAN INI. NAMUN PERKEMBANGAN SMASKP TETAP DALAM PERHATIAN.
    MUNGKIN TIDAK TERLALU LEWAT UNTUK SAYA MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA SEMUA WARGA SMASKP DI ATAS KESINAMBUNGAN KECEMERLANGAN YANG DICAPAI DALAM KEPUTUSAN PMR 2010 BARU-BARU INI. TAHNIAH JUGA KHASNYA BUAT ANAK SAYA YANG MAMPU MENGECAPI KECEMERLANGAN ITU BERSAMA RAKAN YANG LAIN. DOA SAYA…MUDAH-MUDAHAN SMASKP TERUS CEMERLANG DALAM PMR DAN JUGA TERUS MEMPERBAIKI PRESTASI SPM AGAR TURUT CEMERLANG SEPERTI PMR. AKHIRNYA…TAHNIAH BUAT SEMUA.

  • 26. Abdul Aziz Bin Hj Md Nor  |  January 25, 2011 at 10:56 pm

    PENGETUA ASINGKAN PELAJAR LELAKI DAN PEREMPUAN KEPUTUSAN PMR MENINGKAT…(sama-sama lah kite fikirkan)
    Saya dimaklumkan baru-baru ini akan seorang pengetua di Negeri Sembilan yang cemerlang. Sebut saja nama pengetua tersebut isteri saya kata, pengetua tu memang cemerlang, pergi mana-mana sekolah, keputusan sekolah tersebut akan melonjak naik. Antara rahsianya ianya pengetua tersebut meletakkan pelajar lelaki dan pelajar perempuan di kelas yang berasingan. Lantas saya kata memang orang I….l pun mengambil pendekatan serupa untuk melahirkan pelajar yang lebih bijak, iaitu dengan mengasingkan pelajar lelaki dan perempuan.

    Seorang pengetua di Negeri Sembilan telah membuktikan kebenaran teori tersebut dengan melonjak naik keputusan sekolah tersebut dalam PMR 2010. I….l pula dah lama guna pendekatan tersebut. Kementerian Pelajaran bila pula nak menggalakkan pendekatan tersebut?

    Siapakah pengetua tersebut? Tanya-tanyalah orang di Jabatan Pelajaran.

    Orang I….l tiru orang Islam, atau orang Islam tiru orang I….l?

    Artikel sebelum ini : Rahsia pelajar I….l bijak, mereka asing lelaki dan perempuan pada pautan berikut

  • 27. Md Rosly Md Yusof  |  May 10, 2011 at 4:19 pm

    Salam.
    Saya rasa pihak JHEAINS perlu mengambil langkah yang sewajarnya / proaktif dalam menangani masalah infrastruktur sekolah ini khususnya masalah ketiadaan air. Difahamkan berpunca dari masalah pam rosak. Saya rasa kalau pihak Jabatan dah tak mampu nak tanggung, tiada salahnya pihak sekolah mohon sumbangan daripada ibubapa. Kalau seorang pelajar RM50 x 300 pelajar dah dapat RM15,000. Kesian budak2 tu. Budak2 yang masuk sini terpilih, nak belajar tapi prasarana teruk. Macam mana nak belajar? Betullah ini cabaran tapi kenalah cari jalan untuk mengatasinya. Guru-guru pun dah bertungkus lumus utk memastikan pencapaian pelajar2. Harap ada pegawai bhg pelajaran JHEAINS yang baca komen ini. Buatlah sesuatu. Saya pernah terbaca dalam akhbar, seorang menteri berkata bahawa pelajar2 sekolah agama inilah pewaris ulama. Tidakkah kita terfikir untuk menjadikannya satu realiti. Untuk tindakan kita bersama.

  • 28. Ibubapa prihatin  |  June 8, 2011 at 4:01 pm

    Assalamualaikum…

    Saya perturunkan fakta berkaitan dengan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) untuk tatapan, renungan dan tuan puan membuat keputusan (bagi ibubapa yang membaca email ini). Saya rasa tak semua ibubapa membacanya, jadi pihak PIBG perlu perluaskan untuk pengetahuan mereka. Saya ambil dari website Bahagian Pendidikan Islam, KPM. Saya rasa ini salah satu alternatif untuk mengubah infrastruktur sekolah dan meningkatkan prestasi sekolah ini demi masa depan pelajar dan anak-anak kita.

    Pengenalan
    Program Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Agama Negeri adalah satu usaha murni kerajaan untuk membantu dan memperkasakan sekolah-sekolah agama di Malaysia. Program ini pernah dicadangkan pada tahun 2002 oleh YB Menteri Pelajaran dan dicadangkan semula oleh Jawatankuasa Khas Tan Sri Murad pada Ogos 2004.

    Konsep
    1. Berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
    2. Ditadbir oleh KPM
    3. Pemilikan tanah dan bangunan dikekalkan
    4. Kurikulum agama negeri dikekalkan
    5. Menerima pelbagai kemudahan

    Tujuan
    1. Mempertingkatkan kualiti pengurusan pentadbiran
    2. Mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran
    3. Mempertingkatkan kualiti pengurusan sumber manusia
    4. Mempertingkatkan kualiti prasarana dan kemudahan

    Kelebihan
    1. Kepada sekolah
    a. Menerima bantuan sumbangan bagi urusan pentadbiran sekolah
    b. Menerima bantuan modal bagi menampung keperluan pembangunan fizikal sekolah
    c. Menerima bantuan isentif (SAR sahaja) setelah Memorandum Persefahaman (MoU) ditandatangani
    d. Menerima guru terlatih sekiranya guru sedia ada tidak mencukupi
    e. Kurikulum agama dan pelaksanaan Sijil Tinggi Agama (STAM) dikekalkan

    2. Kelebihan kepada guru dan kakitangan
    a. Berpeluang diserap ke dalam perkhidmatan kerajaan
    b. Berpeluang menikmati gaji dan elaun yang setaraf dengan kelayakan
    c. Berpeluang mendapat kenaikan pangkat
    d. Berpeluang mendapat kemudahan kerajaan
    e. Berpeluang mengikuti kursus ikhtisas
    f. Berpeluang melanjutkan Pelajaran
    g. Berpeluang untuk ikut serta dalam aktiviti KPM

    3. Kelebihan kepada murid
    a. Berpeluang mendapat bantuan
    b. Berpeluang bersaing dengan murid-murid aliran perdana
    c. Berpeluang untuk ikut serta dalam aktiviti anjuran KPM
    d. Berpeluang melanjutkan pelajaran ke sekolah-sekolah KPM yang terbaik
    e. Berpeluang mendapat pendidikan yang lebih berkualiti

    Syarat Pendaftaran
    1. Sudah berdaftar dengan Jabatan Agama Negeri (JAIN)

    2. Melaksanakan sesi persekolahan sepenuh masa

    3. Menggunapakai dwi-kurikulum (kurikulum agama dan kurikulum kebangsaan)

    4. Mempunyai murid sendiri yang mengambil peperiksaan awam KPM

    5. Mendapat persetujuan semua pihak yang berkepentingan terhadap sekolah

    6. Mempunyai bangunan sendiri

    7. Bangunan dibina di atas tapak tanah yang berstatus wakaf

    8. Memenuhi syarat keselamatan, kesihatan dan perancangan Pihak Berkuasa Tempatan

    9. Bilangan murid melebihi 150 orang

    10. Tidak menanggung hutang

    Cara Memohon
    1. Menghantar surat permohonan dan salinan keputusan mesyuarat Ahli Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) atau pihak berkuasa agama negeri kepada BPI(Bahagian Pendidikan Islam)

    2. Menghantar profil sekolah, senarai nama ahli lembaga Pengelola Sekolah, guru, kakitangan dan murid beserta salinan dokumen geran tanah, pelan sekolah dan Sijil Pendaftaran sekolah yang disahkan

    3. Menyemak dan mempersetujui draf MOU yang dikemukakan oleh KPM

    4. Menghantar surat persetujuan terhadap draf MOU kepada KPM

    5. Menandatangani dokumen MOU

    6. Mengisi borang pendaftaran sekolah

  • 29. Aziz  |  June 12, 2011 at 9:27 pm

    try..

  • 30. Abdul Aziz Bin Hj Md Nor  |  June 12, 2011 at 9:45 pm

    Salam sejahtera kepada Semua AJK PIBG,Guru-Guru,Murid-Murid dan Ibu Bapa.Tahniah kepada AJK PIBG SMASKP kerana akan mengadakan Mesyuarat pada 25/6/11.Saya ingin bertanya:
    i) Saya TIDAK BERSETUJU SMASKP diserahkan kepada Kementerian Pelajaran tidak kepada MAAHAD AHMADI dan ITQAN Gemencheh.Walhal ketiga-tiga nya adalah di bawah JAINS.
    ii) Adakah KURIKULUM ‘IDADI’ akan diteruskan sekiranya diserahkan kepada Kementerian kelak.
    iii) Kekurangan Guru-Guru dan Prasaran sekolah boleh di atasi sekiranya JAINS tidak MENGANAK TIRI kan SMASKP ini.

  • 31. Abdul Aziz Bin Hj Md Nor  |  June 16, 2011 at 10:44 pm

    Salam..
    Ramadhan hampir menjelma..Saya cadangkan agar PIBG dapat menganjurkan satu majlis berbuka Puasa dan Solat Terawih.Ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silatulrahim sesama ibubapa ,guru2 ,murid2 dan pibg.Kalau boleh adakan pada hari yang tidak bekerja iaitu malam sabtu atau minggu. Adakan kutipan wang untuk menampung perbelanjaan majlis.
    4tahun anak saya di SMASKP, saya perhatikan banyak perubahan dan keyakinan diri pada nye.Tahniah SMASKP,PIBG dan Guru2 kerana dapat membentuk siasah dan keyakinan diri pada anak2.Terimakasih. SMASKP…

  • 32. Pemerhati  |  June 24, 2011 at 3:17 pm

    Salam…..
    Tuan/Puan ibubapa pelajar SMASKP yang dihormati dan dikasihi,

    Perkara 4 dalam konsep SABK yang disentuh oleh Ibubapa Prihatin boleh menjelaskan soalan ii) Tuan Abd Aziz. Utk soalan iii) pula, saya rasa bukan soal anaktiri tapi mgkn JHEAINS di bawah kerajaan negeri kekurangan dana untuk menampung sekolah ini. Itu juga sebab agaknya guru-guru sering bertukar kerana tidak dilantik secara tetap (dari laman sembang dan minit mesyuarat lalu).

    Kepada pihak JHEAINS di bawah pimpinan YB MBNS kenalah segera bertindak jika: 1. Masih sayangkan anak-anak pewaris ulama ini (insyaAllah)
    2. Prihatin dengan keluhan ibubapa dan guru-guru serta
    3. Sayangkan aset sekolah

    Kalau tidak, itulah yang digelar oleh Tn Abd Aziz, JHEAINS menganaktirikan SMASKP.

    Sama-sama kita renungkan dan selamat beramal…

    Wassalam.

  • 33. Mohd said bin Hussin  |  August 3, 2011 at 1:34 pm

    Assalamualaikum.
    Saya terpanggil untuk menyatakan pandangan berkaitan anak-anak kita yang akan menghadpai PMR dan SPM pada tahun ini yang tidak memperoleh tunjuk ajar atau teknik menjawab peperiksaan dari guru-guru berkaliber di negeri ini.

  • 34. Abdul Aziz Bin Hj Md Nor  |  December 26, 2011 at 7:17 pm

    salam..
    Tahniah kepada pelajar2 PMR 2011 kerana pencapaian cemerlang dalam PMR.Syabas kepada Guru-guru,PIBG ibubapa atas keputusan ini.Mudah2 debgan keputusan ini membuka mata JHEAINS.
    Kalau nak dibanding dengan ITQAN,MANS-Gemencheh.SMASKP lebih menyerlah dari segi pencapaian akademik.
    SYABAS dan TAHNIAH semua yang terlibat.

  • 35. Md Rosly Md Yusof  |  January 6, 2012 at 12:24 pm

    Assalamualaikum.
    Pertamanya tahniah kepada SMASKP yang berjaya mencatat keputusan yang cemerlang dalam PMR 2011 baru-baru ini. Tahniah kepada pelajar2, guru2 dengan usaha keras mereka, PIBG dengan sokongan dan dokongan dan semua yang terlibat secara langsung dan tak langsung. Teruskan usaha kalian untuk duniawi dan ukhrawi.

    Kedua tahniah juga kepada Admin Blog SMASKP yang berjaya mengemaskinikan blog SMASKP yang saya sangat puas hati persembahannya kerana penuh dengan informasi terkini.

  • 36. BAPA PRIHATIN  |  January 10, 2012 at 10:22 am

    ASSALAMMUALAIKUM.
    TERLEBIH DAHULU SAYA MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA SELURUH WARGA SMASKP DI ATAS KEJAYAAN MENERUSKAN KECEMERLANGAN DALAM PEPERIKSAAN PMR BAGI SESI 2011. SEMOGA KECEMERLANGAN TERSEBUT DAPAT DI SINAMBUNGANKAN DENGAN PEPERIKSAAN SPM 2012…INSYA-ALLAH.
    DI ATAS KEYAKINAN SAYA YANG SANGAT TINGGI TERHADAP SEKOLAH INI WALAUPUN SAYA PERNAH TERBACA KOMEN-KOMEN YANG AGAK NEGATIF TERHADAP SMASKP INI , NAMUN PADA TAHUN 2012 INI SAYA TELAH MENDAFTAR MASUK SEORANG LAGI ANAK SAYA KE SMASKP DENGAN HARAPAN ANAK SAYA YANG SEDIA ADA DAN YANG BARU MENDAFTAR ITU DAPAT MENCEMERLANGKAN DIRI MEREKA DENGAN USAHA-USAHA YANG BAKAL DILAKUKAN OLEH PIHAK SMASKP INI.
    CUMA SEDIKIT PANDANGAN IKHLAS DARIPADA SAYA , TERDAPAT BEBERAPA ASPEK DARI SEGI URUSAN PENDAFTARAN DAN PENGURUSAN / PENGUATKUASAAN PERATURAN ASRAMA PERLU DILIHAT SEMULA AGAR IANYA MENJADI SEMAKIN MANTAP , ADIL DAN SAKSAMA BUAT SEMUA.
    WASSALAM.

  • 37. GURU PAKAR 'PENCEN'  |  January 11, 2012 at 7:25 pm

    Salam
    Saya baru terbaca dan terperasan komen ‘seorang guru biasa’ setelah agak lama tidak mengikut laman PIBG SMASKP ini…saya rasa komen utk smaskp dibuat oleh sesiapa saja demi kebaikan semua pihak… Bukan atas dasar ‘untuk anak sendiri’ @ periuk nasi sendiri… Ikutkan ilmu saya yang cetek ni rasanya Islam mengajar ‘bila tangan kanan beramal jangan sampai tangan kiri tau’… Jadi jangan pertikai apa yang orang lain buat sebaliknya muhasabahlah tentang diri sendiri… Kata ilmuan “Jangan menilai buku dari kulitnya” & “Jangan melihat sekadar apa yang kita nampak tapi tenguklah apa yang sepatutnya lihat”

  • 38. BAPA PRIHATIN  |  January 12, 2012 at 12:46 pm

    ASSALAMMUALAIKUM.
    SAYA SEKADAR INGIN MELAHIRKAN RASA GEMBIRA DI ATAS ‘KEMBALINYA’ LAMAN WEB SMASKP IN…DIHARAPKAN IANYA TERUS MENYEDIAKAN INFO-INFO YANG TERKINI BERKAITAN SEKOLAH DAN WARGANYA.
    INSYA-ALLAH MELALUI LAMAN INI SAYA AKAN CUBA MENYUMBANGKAN IDEA DEMI KEBAIKAN SEMUA…WALAUPUN MUNGKIN TAK BANYAK…
    TAHNIAH SEKALI LAGI DI ATAS KEJAYAAN ‘MENGEMBALIKAN’ SEMULA LAMAN WEB SMASKP INI.
    WASSALAM

  • 39. BAPA PRIHATIN  |  January 12, 2012 at 6:19 pm

    SALAM.
    TERLEBIH DAHULU SAYA MENGUCAPKAN TAHNIAH DAN TERIMA KASIH KERANA SMASKP TELAH BERJAYA MENGHASILKAN PELAJAR YANG CEMERLANG MELALUI RENCAH AKTIVITI YANG TELAH DILAKSANAKAN…CUMA DI SINI SAYA SEKADAR INGIN MELONTARKAN 1 IDEA MELALUI PERSPEKTIF PEMIKIRAN SAYA YANG CETEK…
    SAYA INGIN MENCADANGKAN AGAR WAKTU ‘PREP’ PADA HARI SABTU DIJADIKAN SATU SESI SAHAJA AGAR DAPAT MEMBERI RUANG YANG SEDIKIT LUAS KEPADA PELAJAR MENJALANKAN AKTIVITI KENDIRI NAMUN JIKA ‘PREP’ SESI KE 2 TERSEBUT NAK DIJALANKAN JUGA OLEH PELAJAR ITU KITA ANGGAP SEBAGAI AKTIVITI KENDIRI MEREKA…
    WASSALAM

  • 40. Pemerhati  |  January 30, 2012 at 12:35 pm

    Assalamualaikum w.b.t.

    Saya setuju dengan cadangan Bapa Prihatin diatas, berhubung dengan kelas persediaan pada hari Sabtu sesi kedua itu. Beri sedikit ruang kepada pelajar untuk aktiviti kendiri. Satu kredit bagi mereka yang nak terus study di petang Sabtu itu. Study smart is better then study hard…so do the smart study.

  • 41. BAPA PRIHATIN  |  March 2, 2012 at 8:01 am

    ASSALAMMUALAIKUM.
    DI SINI SAYA INGIN MENARIK PERHATIAN PIHAK PIBG DAN PENGURUSAN ASRAMA SMASKP AGAR DAPAT MEMANTAU DAN MENYELIDIKI TENTANG PARA AJK ASRAMA DI KALANGAN PARA PELAJAR SENIOR AGAR TIDAK MENOKOK TAMBAH @ MEMBUAT PERATURAN-PERATURAN SENDIRI DI ASRAMA / SEKOLAH AGAR KEHARMONIAN HIDUP PARA PELAJAR SELURUHNYA LABIH TERJAGA…[SEKADAR MENGINGATKAN…KERANA RASANYA ISU INI TELAH MULA MENULAR DALAM DIAM…]

  • 42. azihar  |  November 25, 2012 at 3:43 pm

    Assalamualaikum
    Harap dapat memberi saya adress bagi borang permohonan sekolah menengah agama sains kuala pilah.

    Terima kasih

  • 43. ZAMRI  |  December 31, 2012 at 3:09 pm

    Apa alamat penuh sekolah ?
    Kenapa Tiada Laman Web yang rasmi yang lebih baik dan teratur sebagai Sekolah Agama Sains Berasrama Penuh ?

  • 44. Shah  |  April 1, 2013 at 4:16 pm

    Tahniah SMASKP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: