2. Minit Mesyuarat AJK Kali ke 2 Sesi 2010/2012
Nota: Minit ini belum disahkan.
Mesyuarat PIBG kali ke-2 2010/2012
Sekolah Menengah Agama Sains Kuala Pilah
Tarikh : 6 Februari 2011
Masa : 3.00 pm
Tempat: Dewan Selera SMASKP
Kehadiran
Pn.Maria Marzuki Naib Yang Dipertua
En.Mohd Zaidi Ishak Setiausaha
Noor Faizah Ramly Pen.Setiausaha
En.Mustafa Dollah AJK Ibubapa
En.Besar Bin Omar AJK Ibubapa
Pn.Nurciana Nasaruddin AJK Ibubapa
En.Mohamad Aspari AJK Ibubapa
En.Rosli Husin AJK Guru
En.Baharuddin Mohd Ali AJK Guru
Tidak Hadir
Tn.Hj Safiee B.Mohd Yusoff Yang Dipertua
Pn.Noriayati Bt Ujang AJK Ibubapa
Pn.Sharifah Intan Bt. Syed Aziz AJK Ibubapa
Cik Siti Sarina Bt Razali AJK Guru
En.Azhan B.Othman AJK Guru
Pn.Noorashikin Bt Abdul Ghani AJK Guru
Pn.Anashuhailin Bt. Idris AJK Guru
En.Mustafa Kamil B.Ismail AJK Guru
1.0 Ucapan alu-aluan pengerusi
Pengerusi mengalu-alukan kehadiran kepada semua ahli jawatan kuasa.
___________________________________________________________________________
2.0 Pengesahan minit mesyuarat yang lepas
Pencadang : Pn. Norciana Bt. Nasaruddin mencadangkan agar minit mesyuarat PIBG kali ke-1 disahkan
Penokong : Tn. Hj. Besar Bin Omar menyokong cadangan tersebut
2.1 Pengerusi memaklumkan terdapat beberapa AJK PIBG yang anaknya sudah tiada di sekolah ini.
– Tn.Hj. Safiee B. Mohd Yusoff
– Pn.Noriayati Bt Ujang
– Pn.Sharifah Intan Bt Syed Aziz
2.2 Penukaran nama SMASKP kepada SMAS Tunku Mukriz. Surat telah dihantar ke Jabatan Agama dan Kementerian tapi masih belum ada maklum balas - SU
2.3 Penukaran penaung baru, surat penghargaan telah dihantar kepada YB Roslan. Surat permohonan penaung baru, YB Hasan Malik juga telah dihantar dan YB Hasan Malik telak membalas surat persetujuan lantikan sebagai penaung.- SU
2.4 Penggunaan ICT di sekolah masih belum dapat dijalankan kerana masalah pemasangan. Walaubagaimanapun, SUK telah datang membuat pantauan tetapi masih tiada tindakan dan tindakan susulan perlu diambil – Cikgu Baharudin
2.5 Program Guru Muda tidak mendapat sambutan daripada pelajar tingkatan 3 kerana masalah hubungan yang kurang baik di anatara pelajar tingkatan 3 dan 4 perempuan. Program Guru Muda adalah program yang dijalankan bagi malatih pelajar membimbing rakan-rakan dalam pelajaran.- Kaunselor
2.6 Pencapaian cemerlang pelajar Sekolah Agama Negeri(SMASKP,ITQAN & MAAHAD). Pn.Norciana sudah membuat pendokumentasian yang menunjukkan kecemerlangan pelajar SMASKP yang bertunjangkan syariat dengan pengasingan kelas. Harapan daripada hasil kajian tersebut agar ada tindakan untuk meningkatkan lagi kecemerlangan pelajar. Pn.Norciana mencadangkan dibuat signboard keputusan kecemerlangan pelajar.
2.7 Buku rekod kemajuan pelajar sudah siap dan akan mula digunakan pada peperiksaan tahun 2011 ini.
2.8 Kebersihan sekolah semakin baik sejak diswastakan. Pn. Maria mencadangkan agar menggunakan tong sampah kitar semula dan perlu dirujuk ke MDKP. Tindakan Biro Keceriaan.
2.9 Cadangan pembinaan laluan beratap daripada dari pondok pengawal ke asrama.(KIV)
___________________________________________________________________________3.0 Laporan Kewangan
3.1 Minta bendahari meletakkan tarikh pada laporan kewangan
3.2 Bendahari masih dikekalkan yang lama,Cik Shazlina Md Isa
3.3 Buat pengasingan mengikut program dengan terperinci(tulis aktiviti/nama program)
3.4 Bendahari perlu sediakan buku tunai
Tindakan: Bendahari
___________________________________________________________________________
4.0 Laporan Biro
4.1 Biro Pendidikan
– 4-6 Mac 2011- akan diadakan Mentor Siswa iaitu program yang dikendalikan oleh
alumni untuk pelajar Menengah Rendah.
– Bengkel Teknik Menjawab Soalan kelolaan JHEAINS untuk pelajar PMR & SPM
– Program Guru Muda pada bulan Februari, sekolah akan menjemput penceramah untuk memberi taklimat modul Guru Muda. Pn. Norciana mencadangkan agar dibuat borang penilaian bagi setiap program yang dijalankan. Pn. Maria mencadangkan diadakan mesyuarat Biro sebelum bermula program
Tindakan : AJK Biro Pendidikan
4.2 Biro Kebajikan
– Tiada wakil ibubapa
– Pn. Maria mencadangkan Biro Kebersihan dan Keceriaan ambil alih tugas Biro Kebajikan memandangkan wakilnya sudah tiada di sini.
4.3 Biro Kebersihan dan Keceriaan
– Hj. Besar memaklumkan pokok yang ditanam banyak yang mati dan kebanyakkan pelajar sudah tamat persekolahan. Cadangan supaya pelajar baru mengambil alih untuk menjaga pokok tersebut.
- Masalah lalat yang banyak, pemasangan jaring telah dijalankan dan ada cadangan agar menukar pintu yang sentiasa ditutup.
– Masalah yang berlaku semasa ibubapa membuat lawatan untuk memanggil anak-anak mereka. PA System sedia ada perlu dibaiki dan kosnya anggaran RM400. Mesyuarat bersetuju menggunakan bajet PIBG.
– Cadangan membuat Program Bumi Hijau akan diuruskan oleh En.Mustafa yang akan merujuk kepada Jabatan Hutan dan Jabatan Pertanian
Tindakan: Biro Kebersihan & Keceriaan
4.4 Biro Modal Insan
– Fokus kepada program peningkatan Bahasa Inggeris
- Spelling
- Public Speaking
- Pn. Norciana menyatakan bahawa Biro Modal Insan hampir sama dengan Biro Pendidikan
- Pn. Maria menyatakan modal insan adalah untuk meningkatkan perkembangan dan untuk memastikan tiada pertindihan program antara Badar dan Biro Modal Insan.
Tindakan: Biro Modal Insan
___________________________________________________________________________
5.0 Hal-hal lain
5.1 Gesa SUK buat lantikan DC41. Hantar surat ke SUK salinan kepada Jabatan
5.2 Masalah tangki air pada suis sudah dibaiki tapi air masih melimpah
5.3 Pembesaran surau ditangguhkan kerana ada ura-ura sekolah akan menjadi SABK. Pn. Norciana mencadangkan agar meminta sumbangan MAINS sertakan gambar bukti
Tindakan: En. Baharudin & Pn Norciana
5.4 Teguran imej pengawal yang tidak ceria/ muka serius/ kata-kata tidak sopan.
Pengawal perempuan tidak disukai pelajar. Pihak sekolah akan mengambil tindakan
jika tiada perubahan pengawal baru akan ditukar.
___________________________________________________________________________
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 6.16pm.
Disediakan oleh:
………………………………………..
(NOOR FAIZAH RAMLY)
Disemak oleh:
………………………………………….
(EN.MOHD ZAIDI BIN ISHAK)
Setiausaha PIBG SMASKP
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed