Minit Mesyuarat AJK Kali ke 1 2008/2010
Minit Meyuarat AJK PIBG SMASKP Kali ke 1
Sessi 2008
Tarikh : 18 Mei 2008
Masa : 10.00 pagi
Tempat: Bilik Gerakan SMASKP
Agenda Perbincangan:
1. Ucapan Pengerusi/YDP
2. Laporan Penasihat
3. Pengesahan Minit Mesyuarat Lalu
4. Laporan Kewangan
5. Perlantikan Biro
6. Perbincangan Usul
7. Hal-hal lain
|
Agenda |
Perkara |
Tindakan |
|
1.0 Ucapan Pengerusi / YDP |
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua AJK dan guru yang sempat hadir. 1.2 Pengerusi memohon maaf atas kelewatan kerana ada aral semasa dalam perjalanan. 1.3 Pengerusi meminta semua AJK dan guru memperkenalkan diri masing masing. 1.4 Pengerusi meminta salinan perlembagaan PIBG untuk mempastikan bidang tugas AJK PIBG tidak bertindan dengan tugas guru. |
|
|
2.0 Laporan Penasihat |
2.1 En. Nazri b Norawi mewakili pengetua membentangkan aktiviti akademik yang dirancang. - Perkampungan Akademik pada 26 Mei hingga 7 Jun 2008 - pihak sekolah akan memanggil guru pakar bagi setiap subjek - bayaran yang disediakan ialah RM 500 sehari - Pelajar akan dikenakan bayaran sebanyak RM 40.00 seorang. - Pihak sekolah akan memohon sumbangan dari Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.
2.2 Laporan HEM En Ramlan b Md Din melaporkan - seorang pelajar diminta berpindah kerana gagal menyesuaikan diri dengan cara hidup asrama. - Pelajar asrama meminta perkhidmatan dobi dihentikan kerana perkhidmatan yang tidak memuaskan. - Terdapat syarikat menawarkan perkhidmatan ’mesin basuh layan diri’.
2.3 Laporan Ko-ko En. Azhar b Ibrahim melaporkan - Aktiviti perkhemahan telah diadakan pada 11 dan 12 April lalu - Beberapa orang pelajar telah berjaya memenangi beberapa pertandingan di peringkat daerah |
Makluman semua AJK
Makluman semua AJK
Makluman semua AJK |
|
3.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Lalu |
Pengerusi mencadangkan pengesahan minit mesyuarat lalu di tangguhkan memandangkan hampir semua AJK yang dilantik merupakan muka baru dan tidak begitu arif dengan perkembangan aktiviti jawatankuasa yang sebelumnya. |
Makluman semua AJK |
|
4.0 Laporan Kewangan |
Pengerusi memaklumkan terdapat kesalahan di dalam penyata kewangan yang disediakan oleh bendahari. Beliau meminta bendahari merujuk kepada juruaudit untuk membuat penyata kewangan yang betul. |
Bendahari |
|
5.0 Perlantikan Biro |
AJK bersetuju dengan 5 biro utama, iaitu: Biro Akademik, Biro Pembangunan Modal Insan, Biro Kebajikan dan Sukan, Biro Kebersihan dan Keindahan Sekolah dan Biro Ekonomi
5.1 Biro Akademik Pengerusi : En Mohamad b Aspari N / Pengerusi : Pn Fariha bt Ahmad Setiausaha : En Baharudin b Mohd Ali
5.2 Biro Pembangunan Modal Insan Pengerusi : Pn Maria bt Marzuki N / Pengerusi : Setiausaha : Cik Hariyati bt Yusuf
5.3 Biro Kebajikan dan Sukan Pengerusi : Pn Rabiah Puteh bt Zainuddin N / Pengerusi : Pn Syarifah Intan bt Syed Aziz Setiausaha : Cik Junainah bt Abdullah
5.4 Biro Kebersihan dan Keindahan Sekolah Pengerusi : En Besar b Omar N / Pengerusi : En Mustafar b Dollah Setiausaha : Azhan b Othman
5.5 Biro Ekonomi Pengerusi : En Safiee b Mohd Yusof N / Pengerusi : En Imran b Omar Setiausaha : En Mubarak b Mohd Kahar |
Semua AJK |
|
6.0 Perbincangan Usul |
Akademik / Pembelajaran 1. Pihak sekolah dapat menambah bilangan komputer yang secukupnya supaya anak-anak pelajar dapat memanafaatkan semaksima yang mungkin dan menyediakan juga perkhidmatan internet. 2. Membuat kelas tambahan bagi pelajar Tingkatan 4 dan 5 dan subjek Sains, Matematik serta Bahasa Arab bagi pelajar Tingkatan 3. 3. Menjemput guru cemerlang subjek Sains Tulin untuk membimbing pelajar Tingkatan 4 dan 5 yang akan mengambil SPM. 4. Memberi ruang kepada ibubapa golongan pendidikan sekolah menengah membantu para pelajar mengikut subjek yang di ajar bagi mengingkatkan prestasi subjek tersebut. 5. Menambah tenaga pengajar ‘idadi. 6. Membatalkan prep pada hari sabtu untuk memberi pelajar rehat dan outing bersama ibubapa. 7. Mengadakan waktu khas untuk menghafaz Al Quran. Dicadangkan 10minit sebelum Maghrib, 20 minit selepas Maghrib dan 10 minit selepas subuh setiap hari. 8. Prep malam patut dikurangkan daripaada pukul 11.20 kepada 10.30 malam kerana pelajar akan mengambil masa untuk minum, balik ke asrama dan mengemas diri sebelum tidur. 9. Naik taraf makmal sains dan komputer. 10. Menjemput guru2 “marking paper PMR dan SPM” untuk memberi short course kepada pelajar di dalam teknik menjawab soalan. Aktiviti Sekolah 1.Mewujudkan program ibubapa angkat kepada dorm asrama dan/atau kelas anak-anak demi membantu mewujudkan suasana bilik yang kondusif atau iklim pembelajaran yang menyeronokkan secara tidak formal. 2.Menggalakkan ibubapa professional menyampaikan ceramah motivasi/kerjaya/kerohanian untuk para pelajar atau program perkembangan staff secara berkala. 3.Karnival Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris peringkat negeri antara tiga sekolah yang masih di bawah pengurusan kerajaan negeri iaitu SMASKP, ITQAN dan MAAHAD AHMADI 4.Penyertaan pelajar untuk sebarang pertandingan wajar di umumkan pada ibubapa agar mereka dapat memberi sokongan. Bagi pasukan-pasukan tertentu, mungkin harus wujud ahli tetap (mungkin melalui kelab) agar mereka dapat latihan yang secukupnya dan cukup “preparation” untuk bertanding. 5.Demi memperkasakan penguasaan bahasa di kalangan pelajar, pihak sekolah boleh memastikan aktiviti yang dijalankan mengikut ratio bahasa BM:BI:Arab adalah 40%:40%:20%. Ini juga dapat dilaksanakan jika disusun di dalam taqwim, period khas untuk penggunaan setiap bahasa ini. Contoh “English Month” di mana pada bulan itu pelajar harus bertutur di dalam bahasa inggeris di sekolah maupun asrama. Begitu juga untuk “Minggu BM” maupun Bahasa Arab. 6.PTC atau Parent-Teacher Conference, iaitu sesi perjumpaan ibubapa dengan guru kelas atau guru subjek untuk ibubapa mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kemajuan anak-anak mereka. Sesi ini boleh diadakan secara open di mana ianya tidak wajib tetapi amat digalakkan bagi ibubapa yang dapat meluangkan masa hadir ke sekolah. 7.PIBG boleh membantu guru-guru untuk merancang program yang dapat memberi “exposure” kepada para pelajar agar mempunyai daya saing yang tinggi.
Kelengkapan Asrama/Keperluan Peribadi Pelajar 1. Menambahkan telefon awam TM memandangkan bilangan telefon pelajar lelaki adalah terhad dan mudah rosak. 2.Memperbanyakkan jualan di Kedai Koperasi supaya pelajar tidak perlu keluar dari kawasan asrama untuk mendapatkan keperluan tersebut. 3.Memasang ASTRO di Aspura.
Kemudahan Sekolah 1.Menyediakan bas untuk pelajar di hari-hari tertentu dan sewaktu balik ke tempat kediaman. 2.Mengurangkan harga makanan di kantin. 3.Menambah kemudahan wakaf untuk ibu bapa melawat anak-anak 4.Membatalkan perkhidmatan dobi sedia ada dan diganti dengan mesin basuh (self service) di setiap aras asrama. 5.Keceriaan sekolah dan landskap perlu diberi perhatian serius supaya anak-anak dapat belajar dalam suasana yang nyaman dan ceria. 6.Menyediakan satu lagi bangunan khusus untuk pelajar ‘idadi. 7.Besarkan lagi kawasan musolla serta tambah bilangan bilik air dan tempat wuduk. 8.Mengadakan PA sistem untuk memanggil pelajar, contoh di tempat jaga/pengawal keselamatan seperti yang terdapat di sekolah lain. 9.Tukar pengusaha kantin kerana perkhidmatan yang sedia ada tidak memuaskan. Peraturan Sekolah 1. Balik ke rumah setiap bulan 2 kali. 2. Kaedah tertentu bagi mengelakkan kesesakan di pintu pagar sekolah sewaktu pelajar balik dari rumah. 3. Adakan waktu senggang untuk pelajar bebas lakukan aktiviti sendiri yang tidak bertentangan dengan peraturan sekolah untuk pelajar tersebut berehat. Dicadangkan lebih kurang 30minit sehari dengan memendekkan waktu riadah daripada 5.30pm – 6pm.
Lain-lain 1.Baju sekolah dan outing yang ditempah pada hari pendaftaran lambat – masih ada pelajar yang belum mendapat tempahan walaupun telah membuat bayaran. 2.PIBG Blog sebagai wadah untuk komunikasi, juga untuk merekodkan sebarang maklumat penting PIBG secara online agar mudah di akses. 3.Sebaiknya, barisan guru2 diperkenalkan dari awal semasa pendaftaran, atau semasa mesyuarat agung secara formal kepada ibubapa. 4.Menggalakkan sekolah mengumumkan kejayaan pelajar2 di dalam sebarang aktiviti di sekolah dan juga kepada ibubapa (boleh melalui PIBG) agar semua maklum dan dapat memikirkan sumbangan yang dapat diberikan pada masa hadapan (samada kewangan atau skills). Sebagai contoh, pelajar smaskp di katakan juara debat di peringkat negeri baru2 ini tetapi ramai ibubapa tidak tahu. Mungkin elok di wujudkan Newsletter bi-monthly untuk mewar-warkan berita-berita baik sebegini. Atau juga boleh menggunakan PIBG blog.
|
Biro Akademik
Pihak sekolah
Pihak sekolah
Pihak sekolah
Pihak sekolah Biro Kebajikan dan Sukan Pihak sekolah
Pihak sekolah
Pihak sekolah Pihak sekolah
Biro Kebajikan dan Sukan
Biro Pembangunan Modal Insan Pihak sekolah
Pihak sekolah
Pihak sekolah
Pihak sekolah telah merancang Perjumpaan 3-Penjuru
Biro Pembangunan Modal Insan
Pihak sekolah
Koperasi sekolah Usul Ditolak untuk tujuan mengawal disiplin/jadual
Pihak sekolah Pihak sekolah Biro Keindahan Sekolah Biro Kebajikan dan Sukan Biro Keindahan Sekolah Pihak sekolah
Pihak sekolah Telah diambil tindakan
Pihak sekolah Usul ditolak kerana dirasakan terlalu kerap Pihak sekolah Usul ditolak kerana waktu riadah sememangnya sudah pendek
Semua pelajar sudah mendapat baju masing-masing. Sudah diwujudkan Pihak sekolah
Pihak sekolah |
|
7.0 Hal-hal lain |
7.1 Pengerusi meminta disediakan analisa keputusan peperiksaan untuk perbincangan pada mesyuarat akan datang 7.2 En. Baharuddin memohon sumbangan sebanyak RM 200 bagi Program MUST IN. 7.3 En. Azhan Memohon sumbangan bagi program Kelab Falak. 7.4 En. Azhar memohon sumbangan untuk membeli peralatan bagi pertandingan kawat KRS 7.5 Hadiah wang tunai bagi peserta yang memenangi pertandingan peringkat Daerah / Negeri 7.6 Pengerusi meminta setiausaha bagi biro-biro menghubungi pengerusi masing-masing. 7.7 Pn Fariha cadangkan yuran PIBG dinaikkan kepada RM 50.00
7.8 Pengerusi mencadangkan mesyuarat diadakan tidak kurang dari 4 kali setahun 7.9 Mesyuarat seterusnya pada 29 Jun 2008.
|
Pihak Sekolah
Diluluskan Ditolak kerana program telah selesai Biro Kebajikan dan Sukan GPK Ko-ko Setiausaha biro Dibawa ke mesyuarat agong akan datang Makluman Semua AJK |
|
8.0 Penutup |
- Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.26 petang
|
|
1. masita alia | June 30, 2010 at 7:42 am
Maaflah kiranya komen ini bakal menyinggung hati penulis. Tapi saya harap ianya dipandang positif demi kebaikan kita sebagai golongan guru. Dari apa yang saya baca, bahasa yang digunakan di dalam minit ini kurang memuaskan. Bahasa yang digunakan bercampur aduk dengan bahasa inggeris sedangkan masih ada bahasa Melayu yang boleh digunakan untuk perkataan tersebut. Harap diberikan perhatian dalam usaha kita memertabatkan bahasa Melayu.
2. Pinkprincess | August 26, 2010 at 2:37 am
Salam..saya setuju dengan komen di atas.Harap dapat diperbaiki penyampaiannya.
3. eman eyra | February 5, 2011 at 8:10 pm
assalamualaikum, sy nk tanya.. minit mesyuarat perlu tanda tangan S/U dan Pengerusi ke ?
harap membantu.
terima kasih.