Minit Rasmi Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-7

*Untuk edaran elektronik, tanpa tandatangan.

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH MENENGAH AGAMA SAINS KUALA PILAH

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-7

Tarikh              :  25 Jun 2011.

Masa                :  10.30 pagi.

Tempat                        :  Dewan al-Khawarizmi,

Sekolah Menengah Agama Sains Kuala Pilah.

Kehadiran        : 120 orang.

1.0              Ucapan alu-aluan NYDP (Pn. Maria Binti Marzuki).

 

Pn. Maria menyampaikan salam daripada YDP Dato, Hj. Safiee yang tidak dapat hadir kerana mewakili satu program di jabatan beliau . Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada ibu bapa yang sudi hadir dan diharapkan semuanya datang dengan semangat yang berkobar-kobar untuk kebaikan sekolah dan anak-anak didik di SMASKP.

_____________________________________________________________________________________

 

2.0              Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung yang lalu.

 

Setiausaha PIBG En. Mohd Zaidi Bin Ishak membentangkan minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-6 pada muka surat 8 hingga 10 untuk  disahkan.

            Pencadang :  En. Ahmad Farid Bin Yusof mencadangkan agar Minit Mesyuarat Agung

PIBG Kali Ke-6 disahkan.

Penyokong : En. Mohd Fauzi Bin Abd Rahman menyokong .

_____________________________________________________________________________________

 

3.0              Laporan Aktiviti Biro-biro     .

 

Setiausaha PIBG En. Mohd Zaidi Bin Ishak membentangkan Laporan Biro dari muka surat 11 hingga 17

Soalan : En. Mohd Talha Bin Arifin.

Ingin mengetahui maklumat berkaitan PA System dan minta penjelasan         bagaimana untuk menggunakannya di asrama.

Jawapan : En. Zaidi Bin Ishak.

‘PA System’ diletakkan di bahagian tepi Dewan Selera dalam kotak berwarna hitam. Ia dibuka pada hari Sabtu dan Ahad. Ibu bapa cuma  membuka penutupnya . Ibu bapa akan dapat melihat alat pembesar suara dan satu butang.  Ibu bapa cuma perlu tekan butang dan terus bercakap untuk memanggil pelajar.

_____________________________________________________________________________________

4.0       Laporan Kewangan.

 

Cik  Shazlina  bt.  Md. Isa,  Bendahari  PIBG  SMASKP membentangkan  laporan    kewangan pada muka surat 18 hingga 19  yang berakhir pada 31 Disember 2010 untuk disahkan.

            Cadangan :     En.  Maarof   Md  Yusof   mencadangkan   agar   Laporan   Kewangan   PIBG                                              SMASKP sesi 2010 disahkan.

Sokongan :      En. Musa Bin Sidek menyokong .

Soalan : En. Rahim Bin Ujang.

Kem B. Arab membelanjakan wang sebanyak RM13,040.00 namun pencapaian       B. Arab PMR menurun sebanyak 0.06. Minta penjelasan.

            Jawapan : Pn. Noor Faizah bt. Ramly.

Pertukaran format berlaku pada tahun 2010 dan pendedahan format baru      oleh Lembaga Peperiksaan pada hujung Jun 2010. Untuk makluman, peningkatan           bilangan A meningkat daripada 36 orang 2009 kepada 45 orang 2010,            penurunan       berlaku disebabkan oleh bilangan calon yang ramai pada 2010.

Makluman

_____________________________________________________________________________________

5.0       Perbincangan Usul.

            Soalan : En. Farid

Usul 3 menerangkan bahawa kemudahan ICT masih dalam proses pemasangan, minta penjelasan dan perkembangan.

Jawapan : En. Bharuddin Bin Ali.

Kemudahan ICT setelah diusahakan, pihak TM Malaysia  dengan membuat pemasangan talian ‘fiber optik’ dan semua kos ditanggung pihak Kerajaan Negeri, pemasangan telah selesai dan pihak sekolah dalam proses penambahan komputer dan kemudahan internet dalam makmal komputer. Peruntukan pembelian komputer akan menggunakan yuran pelajar.

Soalan : En Rahim Bin Ujang .

Ingin penjelasan berkaitan pertukaran nama sekolah dan berkaitan SABK , juga        mohon penjelasan tentang sistem pentadbiran sekolah  adakah seperti SMKA SHAMS dan SMKA Pedas.

Jawapan : En. Mohd Zaidi Bin Ishak.

Surat telah dihantar ke pihak istana memohon kebenaran menggunakan nama Y. T. M Tuanku sebagai nama baru sekolah ini, pada bulan April lepas. Pihak istana memaklumkan pertukaran nama boleh dibuat melalui SUK dan atau JHEAINS. Pihak PIBG meminta pihak istana memberi  jawapan  bertulis berkaitan makluman        tersebut tetapi masih belum diterima. Pada bulan Mei pihak PIBG telah menghubungi semula setiausaha sulit Y.T.M Tuanku untuk mendapatkan jawapan bertulis dari pihak istana  tapi masih juga belum diterima.

Jawapan   : En. Rosli Bin Husin (Pengetua).

Ucapan Y.B. Dato’ Hassan b Malek tidak menyebut berkaitan SABK kerana ingin    cepat    atas urusan lain. Pada minggu lepas ahli majlis JHEAINS Y.B. Senator Mohd Najib          ada menyebut berkaitan SABK.  MoU sudah dibuat cuma belum ada keputusan dan pada Hari Guru yang lepas dimaklumkan SMASKP akan dijadikan sekolah SABK.

Jawapan : Pn.Maria Marzuki NYDP PIBG.

Kajian yang dijalankan oleh pihak PIBG, majoriti ibu bapa bersetuju dengan SABK dan hanya segolongan kecil sahaja yang tidak bersetuju di atas sebab tertentu     seperti subjek Diniyyah dan sebagainya. Puan Maria berharap MoU mestilah mempertahankan subjek yang berlandaskan       subjek Diniyyah

Jawapan : En.Nazri Bin Norawai.

Menjelaskan kebaikan SABK di mana infrastruktur dan fasiliti sekolah lebih             terjamin. Selain itu, lantikan guru akan dibuat dan dihantar untuk menjalani kursus perguruan. Antara kesan  sekiranya SABK berlaku, sekolah perlu mengikuti kurikulum perdana untuk    PMR dan SPM di mana subjek Diniyyah tidak dapat dijalankan seperti biasa dan        Bahagian Pendidikan Islam (BPI) tidak menyediakan guru-guru untuk subjek Diniyyah.

Soalan : En.Mohd Salleh.

  1. Ingin bertanyakan berkaitan ICT, berapa bilangan komputer dalam makmal dan

waktu yang dibenarkan guna komputer. Kebanyakan pelajar membuat kerja kursus  masih menggunakan tangan. Minta pihak sekolah bagi kebenaran anak menggunakan ‘laptop’ di sekolah.

2.  Ingin pihak sekolah memikirkan langkah untuk mencegah anak-anak yang cemerlang dalam PMR keluar semasa tingkatan 4.

Jawapan: En. Baharudin Bin Ali.

Terkini bilangan komputer di makmal komputer berjumlah 30 unit dan ingin ditambah kepada 32 unit. Dalam waktu persekolahan pelajar diperuntukkan satu jam untuk menggunakan komputer, manakala pada waktu lain bergantung kepada permintaan pelajar dan kebenaran pihak sekolah kerana takut ada yang salah guna. Pelajar masih menggunakan tangan membuat kerja kursus kerana itu adalah prosedur dan peraturan asas membuat kerja kursus.

Jawapan : Ust Ramlan Bin Md Din.

Pihak sekolah tidak dapat menghalang para pelajar dari berpindah ke sekolah lain kerana     mereka ditawarkan ke sekolah yang baik seperti SBP, MRSM dan sekolah lain Sekolah juga tidak berani menanggung risiko kerana kebanyakan pelajar yang berpindah tidak berminat mengambil STAM.

Soalan : Mohd Salleh.

Sekolah ini merupakan sekolah Agama Sains tetapi keputusan subjek Sains Tulen kebanyakkannya jatuh. Minta respon pihak sekolah berkaitan bilangan pelajar yang menyambung pelajaran di bidang perubatan.

Jawapan : En Baharuddin Bin Mohd Ali.

Di Timur Tengah terdapat seramai 14 orang bekas pelajar SMASKP yang masih belajar dalam bidang perubatan dan pada tahun lepas seramai 5 orang pelajar lagi akan menyambung pelajaran dalam bidang perubatan dengan tajaan sendiri, MARA dan lain-lain.

Soalan : En.Razali Bin Mohd Zain.

Mengharapkan pihak sekolah dapat memantapkan lagi barisan tenaga pengajar terutama bagi pelajar menengah atas.

Jawapan : En.Nazri Bin Norawi.

Beliau menjelaskan bahawa tenaga pengajar menengah atas kebanyakannya adalah guru tetap. Guru-guru sandaran kebanyakan mengajar menengah  rendah. Pihak           sekolah akan terus berusaha memohon kepada pihak yang bertanggungjawab untuk melantik guru-guru baru.

 

Soalan :

Beliau bertanyakan tentang Biro Sukan yang perlu diwujudkan dalam jawatankuasa PIBG. Aktiviti sukan perlu untuk meningkatkan pencapaian akademik.

Jawapan : En.Azhar Ibrahim.

Sekolah sentiasa mengikuti perkembangan aktiviti kokurikulum yang telah dianjurkan  oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan , banyak acara yang telah dimenangi oleh pihak sekolah dalam pertandingan yang disertai contohnya dalam pertandingan MTAQ, sekolah kita telah muncul sebagai            johan keseluruhan setiap tahun.

Jawapan : En.Ramlan Bin Md Din.

Beliau menambah sekolah kita telah menghantar 3 pelajar ke peringkat kebangsaan   dalam acara MTAQ, Bola Tampar dan Badan Beruniform dan sekolah juga telah menjadi johan keseluruhan dalam pertandingan Ping Pong bagi daerah Kuala Pilah menewaskan S.M.J.K.C Chun Hua Kuala Pilah.

Soalan : En.Daud Idris.

Beliau menyatakan kebimbangan terhadap keputusan SPM 2010.      Beliau             mengharapkan tindakan daripada pihak sekolah untuk meningkatkan prestasi keputusan SPM. Cadangan beliau supaya memberi peluang kepada pelajar untuk mengurangkan aktiviti-aktiviti luar supaya dapat memberi tumpuan kepada akademik untuk meningkatkan pencapaian sekolah. Beliau juga mencadangkan agar tingkatan 5             membuat serahan tugas kepada tingkatan 4 secepat mungkin.

Jawapan: En.Nazri Bin Norawi.

Beliau menjelaskan sekolah telah membuat persediaan sejak  awal tahun lagi seperti kursus motivasi dan bengkel mata pelajaran dan lain-lain. Selepas bulan Jun pelajar    tingkatan 3 dan 5 dikecualikan untuk aktiviti-aktiviti luar.

Usul : En. Aminuddin Johari.

Usul berkaitan dobi kenapa dinaikkan bayaran .

Jawapan : En.Ramlan Bin Md Din.

Bayaran dobi dinaikkan kerana pelajar menghantar 2 kali seminggu. Selain itu,         sekolah juga menyediakan mesin basuh berbayar.

Soalan : En. Shahrulrizal.

Mengusulkan supaya waktu pengajaran Diniyyah diasingkan dengan waktu   akademik.

Soalan : Pn. Amalia Qistina bt Abdullah.

Beliau mengharapkan sokongan ibubapa untuk menyumbang kepakaran       membantu pelajar dan guru.

Usul : En.Mohd Fadzil.

Usul berkaitan keceriaan sekolah.

Jawapan : En.Besar Bin Omar.

Beliau menerangkan bahawa pihak sekolah telah membuat projek tanaman pokok buah-buahan. Pihak sekolah juga ingin memohon bantuan daripada semua ibu bapa          untuk memberi sumbangan  benih pokok yang baru kepada pihak sekolah bagi menggantikan pokok-pokok    yang telah mati.

Usul : En. Mohd Hashim .

Usul berkaitan penambahbaikan kerusi dan meja pelajar.

Jawapan : En.Ramlan bin Md. Din.

Kerusi dan meja baru masih banyak yang belum digunakan.

Usul : Pn.Amalia Qistina bt Abdullah.

Usul berkaitan penyediaan bas sekolah dan pembesaran surau sekolah.

Jawapan : En.Ramlan Bin Md. Din.

Sekolah telah memohon bas yang khusus untuk sekolah ini tapi masih belum terima jawapan daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan. Setakat ini semua program-program luar, sekolah akan menyewa bas daripada syarikat luar. Pembesaran surau pula telah diluluskan dan mendapat peruntukan tetapi telah ditarik balik selepas mendengar ura-ura sekolah ini akan dijadikan sekolah SABK.

            Soalan : Pn.Norasiah Kassim.

Meminta kebenaran pelajar balik setiap minggu bagi pelajar yang menghadapi           peperiksaan PMR dan SPM.

            Jawapan : En.Ramlan Md. Din.

Tidak dapat dilaksanakan memandangkan ada pelajar yang tinggal jauh dan susah untuk pulang setiap minggu. Bagi kelas yang mengambil peperiksaan mereka        boleh mengikuti kelas tuisyen di luar dengan syarat ibu bapa  datang  mengambil anak pada waktu pagi dan hantar semula sebelum pukul 6.00 petang dan tidak dibenarkan          bermalam di rumah.

            Soalan : En.Mohd Sidek Bin Ismail.

Mencadangkan sekolah supaya menyediakan R.O Water untuk pelajar,         memandangkan air di Kuala Pilah kurang elok. Beliau juga mencadangkan ibubapa memberi sumbangan penyediaan R.O water bagi yang berkemampuan.

Jawapan : En Mohd Zaidi b Ishak.

Beliau ada berbincang dengan pihak koperasi sekolah agar dapat       menyediakan   kemudahan R.O Water berbayar tetapi pihak koperasi tidak mampu kerana  kos pemasangan dan       penyelenggaraan yang tinggi.

En.Mustafa Dollah ( AJK PIBG ).

Beliau berpuas hati dengan mesyuarat pada kali ini dan mengalu-alukan komitmen ibu bapa yang ingin menyumbang kepakaran kepada PIBG SMASKP.

6.0       Penutup.

 

Puan Maria ( NYDP ) mengucapkan terima kasih atas komitmen semua pihak           yang hadir pada hari ini . Beliau  juga ingin berkongsi pengalaman menghadiri simposium di UIAM tentang membina pelajar yang berkualiti perlu ada kreativiti, inovasi, skill komunikasi dan sebagainya dan mereka juga minat untuk belajar sepanjang hayat dan boleh berhubung dengan dunia luar. Beliau menyarankan kepada ibu bapa dan guru-guru supaya bantu pelajar untuk menggalakkan mereka supaya kreatif dalam menyelesaikan masalah.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.16 petang dengan tasbih kaffarah dan Surah al-Asr.

Disediakan oleh                                                          Di semak oleh

……………………………………….                                      ……………………………………..

( NOOR FAIZAH BT RAMLY )                                  ( MOHD ZAIDI BIN ISHAK )

Penolong Setiausaha                                                    Setiausaha

Persatuan Ibu Bapa dan Guru                                      Persatuan Ibu Bapa dan Guru

Sek. Men. Agama Sains Kuala Pilah                            Sek. Men. Agama Sains Kuala Pilah

1 Comment Add your own

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: