SATU KELUARGA SATU POKOK menjadi tema Mesyuarat PIBG SMASKP ke-5

April 19, 2009 at 2:48 pm 1 comment

Alhamdulillah, Mesyuarat Agung PIBG ke 5 telah berlangsung pada 18hb April 2009 bertempat di Dewan Besar Al-Khawarizmi. Mesyuarat kali ini agak berbeza kerana turut digabungkan dengan acara menanam pokok beramai-ramai. Dianggarkan 86% ahli PIBG telah hadir dari kalangan ibu bapa, dengan hampir seratus keluarga membawa sebatang pokok buah-buahan untuk di tanam. Projek ini adalah inisiatif Biro Keindahan dan Kebersihan Sekolah PIGB sebagai satu usaha untuk mengindahkan kawasan sekolah bersempena kempen Bumi Hijau.  Agenda Mesyuarat Agung PIBG kali ini  termasuklah pengesahan minit mesyuarat 2008, pembentangan laporan aktiviti PIBG antara lainnya program Siswa Mentor, Kelas Tambahan untuk memperbaiki prestasi sekolah, dan juga program pembangunan modal insan seperti World Memory Technique dan ESQ 165. Mesyuarat PIBG dan upacara menanam pokok ini telah dirasmikan oleh ADUN Kawasan Johol, iaitu YB Dato’ Roslan Bin Hj Md Yusof, yang turut berjanji untuk memberi peruntukan sebanyak RM3000.00 kepada tabung PIBG SMASKP.  Terima Kasih YB – jangan lupa bayar :-) dan Terima Kasih kepada ibu bapa yang hadir. Semoga pohon-pohon tersebut akan hidup dan segera berbuah untuk dinikmati pelajar dan guru-guru. Saya ingin mencadangkan agar pelajar membuat papan tanda bagi pokok masing-masing sebagai kenang-kenangan. And a very special thanks to all the teachers who worked hard to organise the events. We couldn’t have made it without all of you!🙂

sepokok_sekeluarga

Entry filed under: Uncategorized. Tags: .

Salam Maulidur Rasul 1430H and some updates.. Tahun Baru, Semangat Baru, Posting Baru

1 Comment Add your own

  • 1. Wartawan  |  April 26, 2009 at 7:17 pm

    Salam. Semoga hubungan antara Ibu Bapa dan Guru dalam ruang lingkup win-win situation. Saling menjadi pelengkap yang akan memangkinkan kejayaan buat semua…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


April 2009
M T W T F S S
« Mar   Feb »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

%d bloggers like this: