Ringkasan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-7

June 25, 2011 at 9:25 pm 1 comment

Assalamualaikum Ibu Bapa, Guru-guru yang saya hormati,

Alhamdulillah, Mesyuarat Agong PIBG SMASKP Kali Ke-7 telah
berjalan lancar hari ini (25/6/2011). Bagi pihak AJK PIBG, kami mengucapkan
jutaan terima kasih kepada ibu bapa dan guru-guru yang menghadirkan diri. Saya
anggarkan ada hampir 100 orang juga. Sementara ianya masih segar dalam ingatan,
saya ingin ringkaskan sedikit apa yang telah berlaku tadi untuk makluman ibu
bapa yang tidak dapat hadir terutama yang memberi usul melalui borang usul edaran
sekolah.

* Foto boleh di lihat di Facebook Smaskp Selaru.
** Dan  jumpa lagi kita minggu hadapan 1hb Julai 2011 dalam Perjumpaan Tiga Penjuru jam 9am-12pm di Dewan AlKhawarizmi.

 

  1. 9am:  Y.B. Dato’ Hj Hassan bin Malek, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, merangkap Ahli Parlimen Kuala Pilah telah hadir merasmikan majlis. Beliau juga telah bersetuju member sumbangan sebanyak RM3000 kepada PIBG dan mengamanatkan wang itu digunakan sebaik-baiknya untuk kebaikan pelajar. TQ YB!🙂
  2. Pelajar PMR 2010 yang cemerlang dan masih setia di SMASKP diberi anugerah khas. Tahniah anak-anak yang bersemangat untuk terus maju bersama-sama SMASKP.
  3. 10.30am:
    Mesyuarat Agong dimulakan, dipengerusikan saya sendiri menggantikan YDP
    yang ada urusan rasmi jabatan beliau di saat akhir.
  4. Pembentangan dan pengesahan Laporan Aktiviti Tahunan PIBG 2010/2011 dan Laporan Kewangan berakhir 2010 telah berjalan dengan lancar. Butir lanjut akan dimuatkan di dalam minit rasmi.
  5. Pembahasan Usul 2010/2011 juga telah berjalan dengan baik di dalam suasana yang amat positif dan tenang. Syabas pada semua hadirin dengan sikap positif dan keterbukaan itu. Saya ringkaskan sedikit usul yang dibincangkan sementara menanti minit rasmi:

Tindakan susulan Usul 2010:

  1. Penukaran nama sekolah masih di dalam proses pertimbangan pihak istana.
  2. Penaung PIBG SMASKP telah dengan rasminya ditukar kepada YB Hasan Malek. Penyerahan Watikah Perlantikan beliau telah dilaksanakan selepas beliau memberi ucapan perasmian.
  3. Kemudahan ICT – sila rujuk Usul 2011
  4. Program Guru Muda telah dijalankan untuk membimbing pelajar PMR 2010 (usul kepimpinan pelajar diperkasakan)
  5. Mosquito Netting telah dipasang di asrama
  6. Kemudahan tandas duduk telah disediakan di asrama dengan kerjasama Biro Kebersihan & Keceriaan PIBG
  7. Program merapatkan ukhuwwah pelajar dan guru banyak dilaksanakan seperti Sambutan Hari Guru, Perkhemahan Unit Beruniform, Majlis Aidil Fitri, dan lain lain
  8. Urusan pembersihan kawasan sekolah telah diswastakan dan hasilnya memuaskan
  9. Tanda nama sekolah di lereng bukit yang ‘uzur’ telah diceriakan melalui satu gotong-royong anjuran pihak sekolah
  10. Permintaan laluan berbumbung dari pintu masuk ke asrama masih “KIV”, i.e. pihak sekolah belum membuat permohonan ke pihak JHEINS
  11. Cadangan untuk pengetua tinggal di dalam masih belum dapat dilaksana kerana rumah pengetua masih rosak dan masih belum dibaiki sepenuhnya oleh pihak jabatan.

Usul 2011: (yang diserahkan melalui borang usul)

  1. Kemudahan ICT dan Internet: Alhamdulillah, susulan dari hari penyerahan netbook dimana SMASKP menjadi tuan rumah, pihak SKMM (Suruhanjaya Komunikasi) telah mendengar keluhan sekolah berkaitan jaringan internet; Pihak teknikal SKMM melalui kerajaan negeri telah membuat  pasangan Fiber Optik di sekolah. Selesai urusan teknikal ini, pihak sekolah  bolehlah memulakan langganan internet. Makmal Komputer ada 30 biji komputer, antaranya ada yang baru dibeli menggunakan wang yuran ICT yang ibubapa bayar setiap tahun. Dengan adanya internet nanti, pihak sekolah akan memikirkan bagaimana hendak memanafaatkan lagi ICT melalui proses pembelajaran dan sebagainya. Samada Netbook yang diterima pelajar tempohari akan dibenarkan di bawa ke sekolah akan dipertimbangkan.
  2. Pemantapan tenaga pengajar terutamanya menengah atas:
    Usul ini ada kaitan juga dengan isu SABK di mana pihak sekolah merasakan
    sekiranya SABK menjadi kenyataan, isu guru2  dari aspek kuantiti dan kualiti akan dapat diselesaikan.
  3. Penyediaan mesin basuh berbayar – memang telah sedia ada.
  4. Mengasingkan waktu pembelajaran Thanawi dari waktu subjek perdana – akan dibincangkan lanjut di dalam mesyuarat AJK bersama pihak sekolah.
  5. Keindahan seni tanam untuk mengindahkan sekolah – sila rujuk minit mesyuarat ajk yang lepas di bawah laporan biro keceriaan atas tindakan yang telah diambil.
  6. Permintaan penambahan kerusi dan meja – menurut pihak sekolah masih banyak stok kerusi meja baru yang belum digunapakai. Diminta ibu  bapa mengingatkan anak-anak untuk membuat laporan kepada pihak sekolah jika kerusi meja mereka rosak dan minta maaf jika ada yang kami terlepas pandang.
  7. Penyediaan bas sekolah – pihak jabatan masih belum meluluskan penyediaan bas sekolah. Setakat hari ini jabatan menyerahkan satu van untuk kegunaan transit. Sekolah masih menyewa bas bila perlu dan sewa tersebut ditanggung pihak jabatan
  8. Pembesaran musolla  – dikhabarkan jabatan ada menyediakan bajet untuk ini tapi atas sebab ura ura penyerahan sekolah kepada kementerian, bajet
    tersebut ditarik balik.
  9. Permintaan untuk membenarkan anak-anak tahun pemeriksaan pulang setiap minggu bagi tujuan tuisyen tambahan – PKHem memaklumkan untuk bermalam memang tidak dapat tetapi ibu bapa boleh mengambil anak2 pada
    hari sabtu ahad untuk tujuan itu namun perlu memastikan anak-anak pulang ke asrama sebelum jam 6 ptg.Namun ada cadangan dari beberapa ibu bapa untuk menangani isu keperluan kelas tambahan ini:
    a) Samada kumpul duit untuk membiayai guru-guru pakar dating ke sekolah membuat kelas tambahan. Ini dapat memanafaatkan kesemua murid (ummah-minded versus individual-minded)
    b) Didapati ramai juga di kalangan ibu bapa yang dari barisan pendidik.
    Digalakkan ibu bapa yang mempunyai kepakaran untuk tampil memberi bimbingan kepada pelajar2 smaskp.
  10. Penyediaan water-station untuk bekalan air minum bersih – Koperasi sekolah telah pernah mengusahakan ini tetapi didapati harganya mahal. AJK akan cuba mendapatkan sumbangan. Kami juga meminta jasa baik ibu bapa yang mengenali tokoh2 korporat/hartawan/ dermawan untuk memberikan contact number bagi kami mengambil tindakan susulan.
  11. Dicadangkan diwujudkan aktiviti sukan tambahan untuk pelajar perempuan khasnya seperti memanah atau boling padang di mana mereka boleh bermain dengan memakai kain – dimaklumkan pelajar perempuan tidak diwajibkan memakai kain di waktu riadah, cuma mereka sendiri yang “malas”
    menukar pakaian.
  12. Hal-hal tambahan:
    a) Cadangan kerja amal oleh ibu bapa untuk membersih dan mencantikkan sekolah – cadangan baik, akan dibawak ke mesyuarat AJK
    b) Isu hutang YB Roslan sebanyak RM4000 – satu poll dilakukan untuk “menghalalkan”wang tersebut jika beliau masih tidak respon setelah susulan lagi sekali dibuat selepas ini. 40 orang bersetuju manakala 7 tidak.
    c) cadangan untuk sekolah mengusahakan pelajar2 cemerlang PMR tidak pergi ke sekolah lain – ini diluar bidang kuasa sekolah dan ada banyak faktor2 peribadi. Pelajar2 yang telah berpindah semuannya telah ke sekolah2 yang “lebih baik” bertaraf SBP/SBT/MRSM. Kita ucapkan selamat maju jaya buat mereka, dan yang penting kita tumpukan perhatian kepada pelajar2 yang masih berada di sekolah ini kerana mereka “deserve all our attention”.
    d) cadangan untuk disekalikan Mesyuarat Agung dengan Perjumpaan Tiga Penjuru – akan dipertimbangkan untuk masa akan datang.
  13. Dan akhir sekali ingin saya ringkaskan perbincangan mengenai status SABK. Daripada borang soal selidik yang diedarkan, 27 respon di terima di mana 20 bersetuju penyerahan dilaksanakan (atas dasar kemudahan infra dan tenaga pengajar terlatih) dan 7 tidak bersetuju (atas dasar mahukan subjek edadi dikekalkan). Namun ada ibu bapa yang menyatakan mereka tidak dapat memberi respon kerana dalam boring itu tidak disertakan apakah implikasi atau pro-and-con jika SABK ini terlaksana. Pihak AJK meminta maaf kerana terlepas pandang perkara ini dan menganggap semua ibu bapa telah sedia
    memahami apa erti SABK ini. Terima kasih kepada En Rosli yang telah menampalkan pengertian SABK dari laman web Kementerian Pelajaran.Secara dasarnya, kerajaan negeri atas arahan MB telah bersetuju untuk
    menyerahkan SMASKP kepada kementerian melalui program SABK (sekolah agama bantuan kerajaan). Sekarang statusnya adalah di dalam proses “MOU”.  Proses ini mungkin mengambil masa agak lama (berbulan2) kerana aspek “legal” serta factor “win-win” perlu diperincikan dan dibincangkan di beberapa level (jabatan — suk –kementerian). Pihak jabatan memang mahu mempertahankan subjek edadi, dan lain-lain demi kebaikan pelajar dan guru sedia ada. Maka marilah kita sama-sama mendoakan pihak-pihak terlibat ini Berjaya merangka satu memorandum persetujuan yang terbaik untuk kita semua.

Sekian dahulu. Jika ada yang saya tertinggal, harap maaf. Saya akan cuba dapatkan minit dari S/U sesegera yang boleh. Wassalam dan Salam 1Ummah🙂

Entry filed under: Uncategorized. Tags: .

Minit Mesyuarat Agong PIBG Kali ke-6 Ramadan Mubarak

1 Comment Add your own

  • 1. mamaqs191072  |  June 26, 2011 at 11:05 am

    assalammualaikum Puan maria…terima kasih atas ringkasan minit mesyuarat ini… saya terpaksa pulang awal sebab urusan keluarga.. apa-apa pun bagi untuk status SABK saya bersetuju sekiranya ia untuk kebaikan sekolah tetapi bersyarat iaitu sekiranya pelajaran eqdadi masih diteruskan dan juga masih terus menerapkan cara sekarang (pengasingan kelas).
    membuatkan saya berusaha untuk meneruskan anak saya kesekolah ini selepas tamat di sekolah rendah islam as-saddiyah (dibawah kelolaan MUSLEH)… tapi apa-apa pun seperti kata akhir puan maria kita perlu terus berdoa dengan harapan ia dapat diselesaikan tanpa merugikan mana-mana pihak…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


June 2011
M T W T F S S
« May   Aug »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

%d bloggers like this: