What’s new di Tahun Baru

January 2, 2012 at 1:49 am Leave a comment

Assalamualaikum. Selamat Tahun Baru buat semua ahli pibg smaskp dan semua pembaca blog🙂

2011 berlalu dengan pelbagai nikmat. Semua ibu bapa sekali lagi dikejutkan dengan berita gembira apabila keputusan PMR 2011 diumumkan. Pelajar SMASKP berjaya meningkatkan GPS dari 1.30 kepada 1.24. Mabruk atas usaha gigih anak-anak yang membuah kejayaan🙂

Laman web SMASKP berwajah baru. Tahniah pada admin aka Ustaz Baharuddin yang sentiasa komited untuk memberi yang terbaik buat kita semua. Facebook SMASKP Selaru juga sentiasa dimuatkan info terkini. Moga ibu bapa dapat berkongsi berita terutama kepada mereka yang mungkin sukar mendapatkan akses internet (ada ka?)

Difahamkan guru-guru telah selesai bermesyuarat membuat perancangan untuk 2012. AJK akan maklumkan info penting jika maklumat diterima kelak.

Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi pendapat bersama semua ibu bapa dan waris pelajar yang baru selesai SPM. Persaingan semakin hebat untuk ke menara gading. Saya yakin pelajar kita akan mendapat tempat; itu tidak lagi menjadi perkara yang dikhuatiri. Yang lebih penting adalah persiapan rohani, mental dan emosi pelajar untuk menghadapi suasana yang berbeza di IPT. Jika di SMASKP anak-anak kita diperhatikan setiap masa, di IPT mereka akan "sendiri". Tanggungjawab sekolah telah selesai. Semuanya di bahu kita sebagai pemegang amanah kepada umat Nabi Muhammad saw. Sementara mereka masih di rumah menanti keputusan, marilah kita pastikan kita membangunkan dan mengimbangkan F.I.R.E mereka, iaitu Fizikal, Intelektual, Rohani dan Emosi. Kita harus ada perancangan yang teliti dan komprehensif, bukan setakat sasaran ke IPT. Mari kita, setiap hari, mengingatkan anak-anak kita bahawa mereka perlu mempunyai keseimbangan FIRE, dan kita adalah MENTOR mereka. Jika perlu, ibubapa boleh saling menghubungi untuk berbincang apa yang sebaiknya kita rancang dan laksanakan sebagai mentor kepada anak-anak. Networking ibu bapa amat penting untuk kita berkongsi ilmu. Jika tuan-puan berminat, hubungilah familyfirecoach untuk "tea talk session 2012" dalam membincangkan persediaan kita dalam mempersediakan anak-anak kita. Saya doakan kita semua dapat menjadi kebanggaan anak-anak kita masing-masing, dan membawa hadiah berita gembira kepada Nabi Muhammad saw apabila kita kembali ke alam kekal kelak.

Salam hormat. AJK belum bersidang untuk sesi 2012. Sementara itu, jika ada ibu bapa yang ingin menyampaikan apa-apa hasrat, pendapat, cadangan, sumbangan, silakan email kepada maria.nurdiyana atau komen di posting ini. Terima Kasih. Wassalam🙂

-Maria Marzuki
NYDP & Admin Blog.

Entry filed under: Uncategorized. Tags: .

It has been a while… Mesyuarat AJK PIBG Sesi 1 Tahun 2012

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


January 2012
M T W T F S S
« Oct   Mar »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

%d bloggers like this: