Minit Mesyuarat AJK PIBG Sesi 1 Tahun 2012

Minit ini adalah salinan untuk tujuan edaran tidak rasmi melalui blog. Minit rasmi ada pada simpanan Setiausaha.

Tarikh Mesyuarat: 20hb Januari 2012

Masa: 3pm

Kehadiran:

YDP Dato’ Safiee

NYDP Pn Maria Marzuki

*Kehadiran AJK akan dikemaskini kemudian.

1.0 Ucapan aluan Pengerusi

Pengerusi mengucapan terima kasih di atas kehadiran semua. Pengerusi menyatakan agar mesyuarat ditamatkan seawal mungkin kerana memahami komitmen penjaga dan guru yang hadir. Pengerusi juga menyampaikan ucapan tahniah kepada pihak sekolah di atas kejayaan pelajar PMR yang mendapat keputusan cemerlang dengan GPS 1.24 pada 2011 berbanding 1.35 pada 2010.

2.0 Laporan Pengetua (Wakil GPK Kokurikulum)

2.1 Ustaz Azhar mewakili pengetua yang tidak dapat hadir kerana menghadiri kursus di JHEINS.

2.2 Bagi pengambilan tingkatan satu pada tahun ini terdapat sedikit perubahan kerana sekolah telah menerima 22 orang pelajar Tahfiz perempuan di samping 74 orang pelajar E’dadi.

2.3 Berdasarkan keputusan cemerlang dalam PMR tahun lepas, 17 orang telah ditawarkan ke SBP. Pihak sekolah mengucapkan berbanyak terima kasih kepada PIBG kerana banyak membantu pada 2 bulan terakhir sebelum pelajar menghadapi peperiksaan dan berharap ia dapat diteruskan dan dimulakan dengan lebih awal lagi.

2.4 Makluman kepada semua ahli mesyuarat bahawa sekolah baru selesai membuat penyerahan wang bantuan RM100 kepada pelajar dan terdapat 3 orang yang tidak menerima wang tersebut kerana tidak layak. Pengerusi menjelaskan bahawa semua pelajar berhak mendapat wang tersebut. Pihak sekolah akan uruskan dari wang lebihan yang diserahkan dari jabatan.

2.5 Pihak sekolah berharap agar Biro Keceriaan boleh menyediakan pokok kelapa untuk ditanam berbanding pokok-pokok yang sebelum ini kebanyakannya tidak tumbuh.

2.6 Pn Nurciana memberi cadangan agar pihak sekolah menyediakan takwim sekolah untuk rujukan semua AJK PIBG. Pengerusi mencadangkan supaya mesyuarat akan datang pihak sekolah dapat membentangkan takwim sekolah.

2.7 Program terdekat ialah Pecutan awal PMR dan SPM (bersama trainer luar, Ateh Zuhairi dari Attractive Learning).

3.0 Pengesahan minit mesyuarat yang lepas

3.1 En Besar bin Omar mencadangkan agar minit mesyuarat lepas disahkan. Pn Nurciana menyokong.

4.0 Laporan Biro

Pengerusi menyatakan pada mesyuarat yang lepas semua ahli telah bersetuju menamakan biro baru, iaitu Biro Kebajikan, Keselamatan, Keceriaan (3k). Pengerusi juga menegaskan agar setiap biro merancang program-program untuk tahun 2012 dan dibentangkan pada mesyuarat akan datang.

4.1 Biro PMI

-Pn Maria mencadangkan program yang membolehkan pelajar menghubungi semua sekolah melalui internet system yang boleh menjalankan pelbagai projek mega di mana minda anak-anak lebih terbuka dan kritis. Cikgu Baharuddin menjelaskan bahawa penggunaan internet adalah terhad dan terkawal. Pihak sekolah dalam perancangan untuk membina satu kiosk di Kantin untuk pelajar melayari internet secara terbuka supaya tiada penyalahgunaan.

4.2 Biro Akademik

-Pn Nurciana menyatakan bahawa biro akademik akan meneruskan program yang dijalankan seperti tahun lepas tetapi dimulakan awal sebulan sekali.

-Kelas Tarannum Al Quran akan diserahkan dibawah kelolaan Unit PMI

– PnNurciana mencadangkan supaya kita menyahut seruan kerajaan berkaitan MBMMBI dan ditambah lagi satu, MBA – Memperkasa Bahasa Arab.

-Program yang telah dijalankan pada tahun lepas dengan mendapatkan dana dari pihak luar, iaitu Fasih Bahasa Inggeris pada bulan Mei dan Perkampungan Puteri Islam Anggun pada bulan November 2011.

4.3 Biro 3K

– En Besar menyatakan bahawa pihak Biro 3K akan mengambil perhatian terhadap cadangan sekolah untuk menanam pokok kelapa.

– Meneruskan kerja-kerja membaiki longkang dan paip bocor

-En Rejab mencadangkan supaya membuat gotong royong selepas cuti bulan Mac. Pengerusi meminta biro 3K mengenalpasti perkara yang perlu difokuskan semasa gotong royong tersebut.

5.0 Laporan Kewangan

-EnZaidi mewakili bendahari yang tidak dapat hadir kerana ada kenduri. En Zaidi memaklumkan bahawa setakat ini PIBG tiada hutang (telah selesai semua tunggakan bayaran)

-Sumbangan RM3000 daripada YB Hasan Malek adalah untuk lawatan ke Pangkor dan tiada sumbangan lain yang diserahkan kepada pihak sekolah yang dijanjikan semasa perasmian PIBG pada tahun lepas. (**Berkemungkinan ada salah faham dari pejabat YB kerana lawatan ke Pangkor adalah permintaan tambahan dari wang sumbangan yang dijanjikan.)

-Pn Nurciana meminta penjelasan berkaitan sumbangan untuk program FBI sebanyak RM1500 yang tiada dalam rekod kewangan.

-Pengerusi meminta bendahari menyemak semula akaun pada tahun lepas sekiranya masih terdapat pelajar yang berhutang.

 

6.0 Hal-hal Lain

-Pn Nurciana mengingatkan berkaitan imbuhan RM200 kepada Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Bendahari yang berjumlah RM600 (diputuskan di dalam mesyuarat AJK 2011)

-Pn Nurciana juga mencadangkan agar diberi imbuhan kepada semua guru-guru yang mengajar PMR dan SPM. Dipersetujui pembelian kain batik untuk semua guru, dan akan diuruskan pembeliannya oleh YDP

-Sumbangan pelajar cemerlang PMR 9A akan mendapat RM100.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.20pm.

1 Comment Add your own

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


%d bloggers like this: