Usul 2008

Disertakan di sini usul-usul dari ibubapa/penjaga, seperti edaran pada Mesyuarat Agung 12hb April 2008 yang lepas dan juga usul tambahan, setelah di susun mengikut kategori bagi memudahkan perbincangan.

Akademik / Pembelajaran

  1. Pihak sekolah dapat menambah bilangan computer yang secukupnya supaya anak-anak pelajar dapat memanafaatkan semaksima yang mungkin dan menyediakan juga perkhidmatan internet.
  2. Membuat kelas tambahan bagi pelajar Tingkatan 4 dan 5 dan subjek Sains, Matematik serta Bahasa Arab bagi pelajar Tingkatan 3.
  3. Menjemput guru cemerlang subjek Sains Tulin untuk membimbing pelajar Tingkatan 4 dan 5 yang akan mengambil SPM.
  4. Memberi ruang kepada ibubapa golongan pendidikan sekolah menengah membantu para pelajar mengikut subjek yang di ajar bagi mengingkatkan prestasi subjek tersebut.
  5. Menambah tenaga pengajar ‘idadi.
  6. Membatalkan prep pada hari sabtu untukmemberi pelajar rehat dan outing bersama ibubapa.
  7. Mengadakan waktu khas untuk menghafaz Al Quran. Dicadangkan 10minit sebelum maghrib, 20 minit selepas maghrib dan 10 minit seleas subuh setiap hari.
  8. Prep malam patut dikurangkan daripaada pukul 11.20 kepada 10.30 malam kerana pelajar akan mengambil masa untuk minum, balik ke asrama dan mengemas diri sebelum tidur.
  9. Naik taraf makmal sains dan makmal komputer.
  10. **Menjemput guru2 yang “marking paper PMR dan SPM” untuk memberi short course kepada pelajar di dalam teknik menjawab soalan.

Kokurikulum/Aktiviti Sekolah/Program “Value add”

  1. Mewujudkan program ibubapa angkat kepada dorm asrama dan/atau kelas anak-anak demi membantu mewujudkan suasana bilik yang kondusif atau iklim pembelajaran yang menyeronokkan secara tidak formal.
  2. Menggalakkan ibubapa professional menyampaikan ceramah motivasi/kerjaya/kerohanian untuk para pelajar atau program perkembangan staff secara berkala.
  3. Karnival Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris peringkat negeri antara tiga sekolah yang masih di bawah pengurusan kerajaan negeri iaitu SMASKP, ITQAN dan MAAHAD AHMADI
  4. **Penyertaan pelajar untuk sebarang pertandingan wajar di umumkan pada ibubapa agar mereka dapat memberi sokongan. Bagi pasukan-pasukan tertentu, mungkin harus wujud ahli tetap (mungkin melalui kelab) agar mereka dapat latihan yang secukupnya dan cukup “preparation” untuk bertanding.
  5. **Demi memperkasakan penguasaan bahasa di kalangan pelajar, pihak sekolah boleh memastikan aktiviti2 dijalankan mengikut ratio bahasa BM:BI:Arab adalah 40%:40%:20%. Ini juga dapat dilaksanakan jika disusun di dalam taqwim, period khas untuk penggunaan setiap bahasa ini. Contoh “English Month” di mana pada bulan itu pelajar harus bertutur di dalam bahasa inggeris di sekolah maupun asrama. Begitu juga untuk “Minggu BM” maupun Bahasa Arab.
  6. **PTC atau Parent-Teacher Conference, iaitu sesi perjumpaan ibubapa dengan guru kelas atau guru subjek untuk ibubapa mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kemajuan anak2 mereka. Sesi ini boleh diadakan secara open di mana ianya tidak wajib tetapi amat digalakkan bagi ibubapa yang dapat meluangkan masa hadir ke sekolah.
  7. **PIBG boleh membantu guru2 untuk merancang program2 yang dapat memberi “exposure” kepada pelajar2 agar mempunyai daya saing yang tinggi.

 

Kelengkapan Asrama/Keperluan Peribadi Pelajar

  1.  Menambahkan telefon awam (TM) memandangkan bilangan telefon pelajar lelaki adalah terhad dan mudah rosak.
  2. Memperbanyakkan jualan di Kedai Koperasi supaya pelajar tidak perlu keluar dari kawasan asrama untuk mendapatkan keperluan tersebut.
  3. Memasang ASTRO di Aspura.

Kemudahan Sekolah

  1. Menyediakan bas untuk pelajar di hari-hari tertentu dan sewaktu balik ke tempat kediaman.
  2. Mengurangkan harga makanan di kantin.
  3. Menambah kemudahan wakaf untuk ibu bapa melawat anak-anak
  4. Membatalkan perkhidmatan dobi sediada dan diganti dengan mesin bassuh (self service) di setiap aras asrama.
  5. Keceriaan sekolah dan landskap perlu diberi perhatian serius supaya anak-anak dapat belajar dalam suasana yang nyaman dan ceria.
  6. Menyediakan satu lagi bangunan khusus untuk pelajar ‘idadi.
  7. Besarkan lagi kawasan musolla serta tambah bilangan bilik air dan tempat wuduk.
  8. Mengadakan PA sistem untuk memanggil pelajar, contoh di tempat jaga/pengawal keselamatan seperti yang terdapat di sekolah lain.
  9. Tukar pengusaha kantin kerana perkhidmatan yang sedia ada tidak memuaskan.

Peraturan Sekolah

  1. Baik ke rumah setiap bulan 2 kali.
  2. Kaedah tertentu bagi mengelakkan kesesakan di pintu pagar sekolah sewaktu pelajar balik dari rumah.
  3. Adakan waktu senggang untuk pelajar bebas lakukan aktiviti sendiri yang tidak bertentangan dengan peraturan sekolah untuk pelajar tersebut berehat. Dicadangkan lebih kurang 30minit sehari dengan memendekkan waktu riadah daripada 5.30pm – 6pm.

**Lain-lain

  1.  Baju sekolah dan outing yang ditempah pada hari pendaftaran lambat – masih ada pelajar yang belum mendapat tempahan walaupun telah membuat bayaran.
  2. PIBG Blog sebagai wadah untuk komunikasi, juga untuk merekodkan sebarang maklumat penting PIBG secara online agar mudah di akses. 
  3. Sebaiknya, barisan guru2 diperkenalkan dari awal semasa pendaftaran, atau semasa mesyuarat agung secara formal kepada ibubapa.
  4. Menggalakkan sekolah mengumumkan kejayaan pelajar2 di dalam sebarang aktiviti di sekolah dan juga kepada ibubapa (boleh melalui PIBG) agar semua maklum dan dapat memikirkan sumbangan yang dapat diberikan pada masa hadapan (samada kewangan atau skills). Sebagai contoh, pelajar smaskp di katakan juara debat di peringkat negeri baru2 ini tetapi ramai ibubapa tidak tahu. Mungkin elok di wujudkan Newsletter bi-monthly untuk mewar-warkan berita-berita baik sebegini. Atau juga boleh menggunakan PIBG blog.

Hal ehwal organisasi PIBG

  1. Surat perlantikan AJK
  2. Direktori AJK
  3. Edaran Perlembagaan PIBG, prosedur yang perlu difahami.

Sekian. 


%d bloggers like this: